Saturday, September 5, 2009

APAKAH INI CINTA?


CINTA....

aku suka sangat dengan perkataan CINTA...entah la apa yg ada kat perkataan tu aku pun tak tahu...tapi yg paling akau suka perkataan "CINTASATU" erm...kadang kala aku pelik juga apa itu cintasatu.....???

bagi definasi aku sendiri, cintasatu begutu universal...cinta umat kepada penciptaNya, cinta antara ibu dan anak nya yg tunggal...(aku la tu hehehe), cinta antara suami isteri...kira kesetiannya la...dan juga cinta antara sahabat dan sahabat nya yg paling rapat...

semua tu aku definasi kan dengan sendiri...aku bawa cintasatu itu kemana aku pergi....aku sangat suka dengan perkataan tu...sangat menyentuh perasaan ku bila ku menyebutnya...sangat menyejukkan hati bila aku merealisasikan nya....

namun setiap manusia mempunyai definasi yg berlainan tentang cinta...begitu juga aku...cinta ku sangat tinggi nilainya...malah ia perlu di jaga, dibelai,dimanja dan sentiasa perlu diadaptasi kan dalam kehidupan seharian kita...jika tidak ia mudah pudar dan semakin layu....

cinta yg sentiasa dibaja dengan kejujuran dan keikhlasan pasti akan mekar mengharum, cinta yg selalu disiram dengan ucapan2 sayang pasti akan sentiasa segar di pandang mata....

namun cinta juga memerlukan pengorbanan yg sangat tinggi..."jika takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai"...begitu la cinta...jika kita takut untuk mengorbankan sesuatu atau takut untuk berkorban ... jauh kan diri dari cinta...

kini aku Hajah Siti Azlina binti Abdul Aziz berikrar sangat menyintai Tuhan nya yg Satu, Suami nya yg satu dan Ibu nya yg satu....itu la erti cinta sebenar bagi ku...renungkan lah....

Friday, September 4, 2009

APAKAH INI SATU DUGAAN?


Assalamualaikum my cyber diaries...

semalam aku terkejut dengan satu siatuasi yg aku tak jangka kan...namun setelah seharian ku berfikir aku ketemui bahawa itu semua satu dugaan dan satu cabaran untuk aku terus menjadi yg terbaik di antara mereka yg terbaik...

semalam aku pulang dari sekolah menaiki bas, itu la transport aku setiap hari bila time balik dari mengajar, maklum la orang penakut bawa kereta nak buat macam mana...itu la kelemahan ku yg paling ketara....tak dapat nak ubati dah huhuhu....

so, masa dalam bas tu aku memang mengantuk tahap gaban...maklum la setiap pagi di bulan puasa aku bangun 4.30 pagi untuk siapkan manu bersahur untuk suami tercinta dan adik ipar ku....

so masa aku pejam kan mata tiba2 aku terdengar suara pemandu bas menanyakan aku sesuatu...
"cikgu sekolah ker ni?" aku angukkan kepala....
"asal orang mana?" dia terus bertanya, so aku pun jawap la orang penang kat sungai gelugor, nama kampung aku di besarkan sebagai manusia....

"TIPU!" kata driver bas tu pada aku...terkejut juga aku...kata nya dia ni "internet" kat kampung dia...kira gelaran dia la...dia kata dia boleh nampak jika ada orang yg cuba cakap BOHONG....

aku agak terkejut, tapi aku buat2 tak kisah konon aku dalam situasi yg terkawal....aku terus cakap yg aku ni laahir kat KL dan membesar kat penang....pemandu tu macam tak puas hati....

aku pun tanya la kat dia semula, apa bukti nya yg aku menipu, kata nya wajah aku mengambar kan aku ni penipu...kata nya, dia tahu sungai gelugor tu kat mana, hanya kawasan belakang sekolah lama jer yg nama sungai gelugor...

aku pun kata la itu sekolah kebangsaan sungai gelugor, itu la sekolah aku dan memang rumah aku belakang sekolah tu....terus dia senyum....

lepas tu mula menilik aku, kata nya aku ni seorang yg sangat sombong bila dipandang kali pertama, tapi sebenarnya aku ni pendiam....aku senyum....kemudian katanya aku ni garang, suka marah2, degil...aku senyum lagi...tapi dia kata pula itu dulu sekarang aku dah makin kurang marah....

dia kata lagi aku ni selalu sakit dalam kepala dan pinggang serta banyak berfikir....aku senyum lagi...kemuadian kata lagi sebelah famili ayah ku semua orang2 beriman, manakala sebelah ibu ku semuanya jenis suka bergaduh...aku senyum lagi....

yg aku agak terkejut, katanya aku ni sembahyang tinggal2....aku jarang solat....konon nya dulu aku dah bertaubat nangis2 nak berubah tapi baru2 ni aku tinggal solat juga....yg ni aku tak senyum, malah aku ketawa.....

aku tak jawap satu pun cerita dongeng yg dikatakan oleh driver bas tu....

so destinasi aku dah sampai....aku tak tekan loceng, aku cuma kata nak turun kat sini...masa nak turun aku cuma cakap satu saja kat Pak Cik driver tu.....

"terima kasih Pak Cik atas semua ulasan tu, saya sangat2 hargai".....terus aku berlalu dengan senyuman tampa menoleh ke belakang lagi....

masa dalam kereta dengan suami ku, aku cerita kat suami ku...dia ketawa...lalu dengan berseloroh dia berkata.."lain kali kata kat driver tu cerita pula tentang suami saya hehehehe"

kami berdua ketawa dalam kereta....

tapi secara jujur nya, aku pelik dengan driver tu....dia fikir dia tu BOMOH,PAWANG atau TUKANG TILIK?????begitu bangga mengatakan keburukkan orang...menjatuhkan maruah orang....aku rasa ini adalah satu kejadian PELIK selama aku hidup dalam dunia ni....

namun sebagai hamba ALLAH, aku kembali beristigfar, aku muhasabah diri ku semula...aku fikir ini adalah satu nasihat untuk ku menjadi manusia yg terbaik...

so...aku redha dan merenung siapa kah aku yg sebenarnya????