Sunday, February 15, 2015

NEGARA KEHILANGAN PERMATA

Assalamualaikum WBK ...

Bila bercakap tentang kehilangan hati mula terasa hiba. Kehilangan orang2 tersayang amat merobek hati hinggakan kadang2 diri terasa ingin turut ikut bersama. 

Ajal ...
Maut ...
Itu semua hak Allah ... Kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan segala-galanya. Pada mereka yg telah pergi mendahului kita sama2 la kita sedekahkan doa agar mereka tenang di sana, kita yang masih disini kena lah teruskan sisa2 hidup seperti biasa sebelum diri di jemput pulang menemui Sang Pencipta ...

Tanggal 12 Februari 2015, negara kehilangan sebutir permata dlm arena sukan khususnya. Kehilangan Dato Haji Hasbullah Awang seorang pengulas sukan yg disegani amat di rasai oleh semua golongan masyarakat. Suara emasnya sentiasa kita dengar di kaca TV dan di corong2 radio. 

allahyarham dato hj hasbullah awang
Arwah meninggal sewaktu menerima rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada tengah hari Khamis yang lepas. 

Arwah yang berperwatakkan ceria sentiasa di senangi oleh rakan2 sejawatnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Dato haji Hasbullah Awang ...

Al- Fatihah ...
...................................................................................................................................................................


Belum pun reda dengan kesdihan kehilang Dato Hasbullah Awang, pada malamnya pula sekali lagi kita dikejutkan dengan berita pemergian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada jam 9.15 malam Jumaat. 

Allahuakbar ....

Hilang lagi sebutir permata Islam yang tersohor .....

Allahyarham merupakan ulama Islam yang tersohor, bukan setakat di Malaysia tp di negara2 Islam yang lain. 

Penyakit kanser prostat yang dihidapi arwah telah menyerang dan kumannya sudah sampai ke bahagian otak. Arwah meninggal di rumahnya di Pulau Melaka Kelantan. 

Sifat arwah yg bersederhana amat disenangi oleh semua golongan masyarakat. Walaupun ada yg berbeza pendapat terutama dalam bidang politik tapi atasa nama ISLAM kita wajib bersatu. 

allahyarham tuan guru nik aziz nik mat
Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Hjh Tuan Sabariah dan sepuluh orang anak. 

Secara peribadi aku amat mengagumi arwah kerana sifat rendah dirinya serta tawaduknya beliau dengan ISLAM. Tiada kemewahan yg dibanggakan tapi nilai2 murni dalam ISLAM itu sendiri yg di tegaskan.

Puluhan ribu manusia turut mengiringi majlis pengebumian Allmarhum Tuan Guru. Tak terkecuali aku dan mereka yg lain menontonnya di kaca TV ...

Damailah kami wahai permata ISLAM ....
Damailah kamu di sisi Tuhan Mu ....
In Shaa Allah kami di sini akan sentiasa mendoakan kerahmatan mu di sana ...

Al-Fatihah ....

Wallahualam ....

No comments: