Tuesday, January 31, 2012

STILL IN PAIN

gambar sekadar hiasan tp memang sakit kat bahagian tu pun :-(
Assalamualaikum...

Salam manis dari aku untuk korang semua. Kaki aku hari ni masih dalam keadaan yg sangat2 sakit. Memang makin berdenyut la dibuatnya. Tapi aku ni tetap aktif macam biasa, macam tak der apa2 yg berlaku kat kaki aku ni.

Bila aku duduk nak bangun nanti punya la susah....rasa nak nangis pun ada sebab menahan sakit. Tapi bila dah berjalan lama sikit dah ok tak berapa nak sakit, bila duduk semula nanti jadi la sakit tu bila bangun nanti...DUGAAN betul ni ...

Tapi kan bila ada aktiviti dengan anak2 asuhan aku boleh pula aku melompat macam tak sakit hehehe...hebat betul penangan anak2 ini. Aku rasa terus hilang rasa sakit tu. Ya Allah terima kasih kerana memberi aku penawar yg sangat indah...:-)

Aku harap esok akan berkurangan la sikit sakit kaki aku ni...boleh aku lompat skipping lagi...kali ni nak cuba buat 400 pula hehehe :-)

Monday, January 30, 2012

SKIPPING

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Semalam aku tak keluar gi Power Walk sebab cuaca mendung...bukan apa takut tak sempat sampai rumah aku yg lencun basah dek hujan huhuhu...so aku amik keputusan skipping jer la kat dalam rumah sambil di temani oleh trainers2 aku yg 12 ekor itu :-)

Aku kalau ikutkan nak buat 500 skip, tapi tak boleh la, faktor umur la katakan heheheh....so dapat la aku buat 300 skip jer. Itu pun setiap 20 kali aku rest jalan2 dua tiga tapak sambung semula...memang penat, dan yg paling best tu basah gila baju ngan peluh wah hebat betul ni :-)

Tapi hari ni urat2 di kaki aku semua dah menegang...so aku terpaksa rest untuk hari ini...tapi petang tadi aku just buat senaman ringan iaitu twist...aku guna jer twister yg arwah mama belikan tu...so i just twist on the twister la petang tadi...tapi keluar la juga peluh hehehe...may be esok kalau aku sempat, Insya Allah aku nak keluar gi power walk.

Aku harap sangat semoga rutin sihat aku ini, akan terus kekal sampai bila2. Aku dan suami memang tgh workout untuk menjaga kesihatan kami yg kebelakangan ini semakin merundum...Harapan aku hanya satu semoga segala usaha kami ini akan membuah kan hasil yg lumayan Insya Allah...amin... :-)

Sunday, January 29, 2012

CUCI - CUCI

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Salam hari Ahad yer semua...kejap jer dah hari Ahad. Esok mula la sesi persekolahan dan aku pun mula la bekerja. Maka sebab itu la aku dengan rasminya hari ni buat kerja2 mencuci kat rumah ni. Maklum la nanti minggu depan kalau dah penat kerja rumah tak terbuat la pula...

Aku ni ada satu habit yg agak pelik la juga. Sebelum aku keluar meninggalkan rumah tak kira kemana pun samaada ke tempat kerja atau shopping mesti aku nak rumah aku dalam keadaan baik dan tersusun. Sanggup aku bangun awal semata2 untuk pastikan semuanya dilaksanakan dengan baik dan teratur. Kalau tidak nanti masa kat sekolah mula la dok pikir itu ini. Itu la habit yg memenatkan aku sebenarnya.

Setiap hari aku akan bangun pukul 5 pagi untuk mengemop lantai dan memberi cats ku makan, sebelum aku bersiap ke sekolah. Itu la rutin aku setiap hari. Sehari 2 kali aku mop lantai...maklum lah duduk ngan cats kebersihan kena la kita jaga kan...tapi jaga2 pun kena juga alahan habuk huhuhuhu...sabar jer la...COBAANNNN!!!

So jom la kawan2 kita mencuci rumah hari ni. Nanti bila rumah dah bersih kita juga yg rasa selesa kan...Lets the Cleaning Party is begin hahahaha...:-)

Saturday, January 28, 2012

POWER WALK

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah apa yg aku teringin nak buat dalam tahun ni telah terlaksana jua...Syukur sangat2...Semangat ini bermula dari semalam sewaktu aku berjalan pulang dari kelas tusyen di Telok Air Tawar Indah...kira dekat setengah jam la juga aku berjalan dari sana ke rumah...

Kebetulan pula tengah hari tadi waktu aku dan adik ipar balik dari Tusyen kat Pekan Darat tiba2 motor adik ipar ku tayarnya pancit. So dia tinggalkan aku sekejap untuk baiki tayar...tapi aku teruskan berjalan...hampir 25 minit aku berjalan dari tempat aku ditinggalkan ke kedai yg membaiki motor adik ipar ku. So kejadian tengah hari tadi sekali lagi telah menyuntik semangat untuk aku ber power walk pada petang ni.

Dan petang ini secara rasminya aku telah mula mengamalkan cara hidup sihat...moga niat aku ini dapat diteruskan sampai bila2 insya Allah.

Tadi masa aku tgh bersiap nak ber power walk macam2 dalam kepala otak aku ni, takut anjing kejar la, takut kereta banyak la hish semua tu perasaan yg nak menjatuhkan semangat ku...tapi aku tetap kuatkan semangat untuk buang rasa pelik2 tu sebab aku nak sihat kan tubuh badan ku. Bukan apa aku ni memang la penakut sebab aku kan kena ragut 2 kali...so fobia tu tetap ada...

Tapi masa aku keluar tadi rupanya ramai org yg berpower walk macam aku...tapi semuanya uncle2 cina la...so aku tak der la rasa takut...lepas tu di telinga aku ni terpasang mp4 sambil2 tu dengar la surah2 yg boleh menguatkan semangat kita tu hehehe....So suasana bersenam kita tu akan lebih enjoy :-)

So kesimpulannya...aku harap sangat aku dapat lakukan aktiviti riadah ni setiap hari...jadual harian aku akan bertukar mulai minggu depan...Moga aku dan suami akan lebih sihat dan yg penting kami dapat menikmati kebahagian kami dengan lebih selesa amin....:-)

Friday, January 27, 2012

HOME ALONE

gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum...

Erm...hari ni saya nak bagi tahu yg saya kena tinggal sorang2 kat rumah tapi nak kata sorang2 tu macam menipu la pula..sebab ada lagi 12 cats yg setia menunggu aku di sisi...

Encik Suami ke KL ada meeting kat sana, so hari Ahad baru balik. Mujur hari ni aku cuti...tapi tusyen still on. So sat lagi dalam pukul 3.30 aku kena gerak la ke Tusyen Centre naik bas huhuhu...balik nanti pun kena naik bas juga huhuhu...alahai buat2 sedih la konon. Aku ni kan Permaisuri Bas hahahaha...tu la dah nama pun penakut nak drive itu la kenderaan yg aku ada...:-)

Esok pula Encik Suami dah call adik dia untuk pick up aku dari rumah ker tempat tusyen...So esok aku nak merepit la ngan adik ipar ku tu hehehe...

Bila tinggal sorang2 ni aku mula la rasa sunyi..sepi sangat2 rasanya...nak masak pun malas, nak makan pun malas...ni pun tgh minum oats jer...erm...kalau lama2 macam ni rasanya kurus aku :-)

Kurus la sangat tak der maknanya...bila cik abang balik mula makan macam setahun tak jumpa makanan hahahaha...nak kurus apa kebendanya huhuhu...

Tapi bila aku home alone ni...aku selalu sibukkan diri dengan kerja2 rumah. Hari ni aku dah mendobi...esok pun still nak mendobi..basuh sarung kusyen dan sarung bantal...lepas tu ingat nak kemas rumah sikit...maklum la sejak mula kerja ni rumah berselerak adoii...penat la juga...

Tapi walaubagaimanapun...aku harap semoga perjalanan suami ku selamat, segala urusan nya di sana juga sukses dan yg penting dia kembali ke pangkuan dengan selamat amin...I Miss U Sayang... :-)

Thursday, January 26, 2012

LAYAN ROJAK & ABC MIX FRUIT DI QUEENSBAY PENANG

abc mix fruit

rojak and abc

rojak buah
Assalamualaikum...

Hari Isnin lepas lepas balik dari kenduri kami singgah GH (General Hospital) nak melawat orang kampung Hubby yg excident Jumaat lepas. Tapi masa kami sampai, pesakit masih berada di dalam bilik ICU. So kami just jumpa suami mangsa, kata suaminya isteri dia dah sedar...tapi masih dalam kawalan rapi.

Dengar kata isterinya tu dilanggar lari. Waktu tu isteri dia on the way nak pergi amik anak perempuan mereka yg duduk di asrama sekolah Bakti Tasek Gelugor, sekolah aku mengajar dulu. Sedih la..masa kejadian tu si isteri bawa anak kecilnya yg berada dalam raga motor. Tapi Allah pelihara anak kecil yg baru berusia 1 thn 8 bulan. Tapi apa pun kami berdua harap sangat2 si mangsa akan pulih seperti sediakala...amin...

So lepas kami balik dari GH terus singgah kat Queensbay, bukan apa suami aku teringin nak makan ABC mix fruit dan juga rojak...lagi pun dah lama tak lepak kat situ...and aku pula nak beli something untuk diri sendiri sempena birthday aku hari Sabtu lepas hehehe...:-)

Sampai jer aku dan suami tercari2 kedai yg menjual rojak ni, bukan apa takut tutup...maklum la hari raya cina la katakan...so tengok2 YES!! dia buka la hehehe...so ini la yg kami order...rojak buah yg sangat sedap dan juga ABC mix fruit...macam2 buah ada tu...tapi memang berbaloi dengan harga yg tawarkan...

So kalau sesiapa yg singgah Penang jom ke Queensbay tingkat atas food market..:-)

Tuesday, January 24, 2012

PICNIC AT PANTAI MERDEKA AND TANJUNG DAWAI

alya and aneesa
alya
aneesa
aunty ct
pak lah
one happy famili
suasana kat tanjung dawai
shopping ikan bilis jap
Assalamualaikum...

Adoii letih sungguh hari ni. Mana tak nya aku baru balik dari berpicnic dengan famili adik ipar ku. Lagi pun aku dan suami memang dah rindu sangat dengan Alya dan Aneesa. Dia orang ni anak buah terpilih hahahaha...bukan apa dari kecik memang dah rapat so bila dalam sebulan tu tak jumpa mula la rasa rindu. Lagi pun sekarang ni Alya dah mula sekolah tadika. So masa nak jumpa tu agak terhad.

Setiap kali aku tengok Alya aku pesti akan teringat...kalau la aku ada baby sure dah umur sama ngan Alya. Tapi tu la belum rezeki aku...aku pasti akan terus berusaha, berdoa, bertawakal dan menunggu...Aku yakin Allah pasti tak akan menghampakan aku dan suami.

Hari ni kami picnic kat Pantai Merdeka. Aku just goreng bihun ala singapore tu...tapi cuma aku letak udang kering...adik ipar aku pula goreng mee. Ermmm..memang layan betul la :-)

Alya ngan Aneesa punya la seronok mandi sampai sejuk. Encik suami dgn suami adik ipar ku pula konon nak memancing...alih2 tak menjadi layan anak2 ni mandi manda. Aku pula ngan adik ipar macam biasa la chit chat la sambil menguyah makan hahahaha....

Lepas saja makan2, kami pun tiba2 rasa nak ke Tanjung Dawai. So macam biasa bayar sorang RM 2 naik la bot laju tu...memang best...sampai sana borong ikan bilis, ikan masin dan sedikit asam :-)

Tangan aku ni dah berbelang hitam akibat sunburn...adoiii...bila la nak ok nanti...tapi apa pun aku memang hepi sebab dapat bercuti dengan famili hehehe..walaupun tak jauh tapi ia cukup mengembirakan aku dan suami...insya Allah next time kita bercuti tempat lain pula :-)