Monday, June 6, 2016
RAMADHAN KAREEM 1437 H (2016) - 1 Ramadhan
Assalamualaikum wbt ...
Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nafas untuk sama2 meraikan kedatangan Ramadhan Kareem ...
Ini tahun ke-6 aku menyambut kedatangan Ramadhan tanpa bonda sisi. Walaupun dah masuk 6 thn namun kenangan bersama Allahyarhammah tetap terpahat dalam sanubari ku.
Allahuakbar,
Cepat sungguh masa berlalu. Diam tak diam kita juga semakin menghampiri dengan kematian. Mereka yg telah pergi semakin lama semakin jauh dari kita namun segala kenangan dan ingatan masih panas dalam ingatan ....
Sebenarnya dah lama sangat aku tak berbloging ...
Maklum la semakin sibuk dengan urusan lain sampai tak sempat nak meluah rasa di sini. Aku bukan lah seorang wanita yg sempurna, tapi aku masih belajar untuk menjadi yg sempurna di mata suami ku.
Tahun 2016 dah sampai ke pertengahan. Banyak dugaan dan cabaran yg aku tempuhi sepanjang pertengahan tahun ini. Syukur Alhamdulillah aku dapat tempuhi dgn tenang walaupun ada masa dan ketika hampir2 rebah.
Di bulan Ramadhan ini ku akan berusaha memperbaiki segala kelemahan diri, maklum la ada yg berkata supaya aku tidak menjadi org yg munafik bercakap bohong dan sentiasa berpijak di bumi nyata.
Alhamdulillah, walaupun itu bukan aku tapi sbg insan maksum aku terima segala cacian dan tohamahan dgn redha, Siapa lah aku untuk berkata ianya tidak benar, bila org dah tak suka macam mana kita explain pun tetap tak diterima.
Tapi ramai yg sentiasa menyokong ku, kepada mereka yg mengenal siapa aku ... terima kasih diucapkan, kepada yg membenci ku Alhamdulillah ... aku terima dengan redha.
Tak semua org sukakan kita dan tak semua org bencikan kita. Selagi nafas masih di ada aku akan ingat semua pesan2 arwah Mama ...
"Sentiasalah bersangka baik dgn org dan jgn sesekali melawan apa yg org kata, walaupun kita di pihak yg benar. Serahkanlah segalanya kepada Yang Maha Esa, hanya Dia yg mampu membantu kita ..."
"Jangan terlalu mengharap bantuan org walaupun ahli keluarga sendiri, sbb tak semua akan membantu kita. Mana yg kita mampu selesaikan, maka selesaikanlah kerana Allah sentiasa ada di waktu kita susah dan senang ... Yakin lah Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi ..."
Semoga segala pesanan Mama akan terpahat dalam ingatan utk terus aku jadikan pegangan dalam hidup In Shaa Allah ... Sebenarnya segala kritikkan dan tohmahan yg aku terima aku jadikan sbg panduang utk aku menjadi insan yg lebih baik. Aku tak salahkan mereka ... itu hak mereka untuk mengkritik, namun sbg manusia aku tak dapat lari dari rasa sedih dan terkilan.
Maka dengan itu aku telah menjauhkan diri, jauh dari mereka yg kurang senang dgn diri ini.
"Beralah bukan beerti Kalah malah bukan juga beerti Salah ... Beralah demi sebuah ikatan kekeluargaa ..."
Kepada insan yg kurang senang hatinya dengan aku, aku doakan semoga dia akan selalu berbahagia dengan familinya, semoga Allah sentiasa melindungi dirinya dan keluarga dari bahaya dan sentiasa di beri kesihatan yg baik, rezeki yg melimpah serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT ... Aamiin ...
"Ya Ramadhan,
Ajarkan hati ini untuk sentiasa bersangka baik terhadap mereka,
Bimbinglah hati ini untuk terus tawadduk terhadap Mu,
Istiqomah kan diri ini dalam mengerjakan ibadah buat Mu,
serta Lindungilh diri ini dari sifat hasad,dengki,sombong dan bongkak ...
Aamiin ..."
Salam Ramadhan buat semua blogger2 di luar sana ... Salam Ramadhan Kareem 1437H bersamaan 2016 ... Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat dri ku ... Wallahualam ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment