Thursday, October 16, 2008

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


assalamualaikum,
bersua kembali di blog ct ni kan...lama betul ct tak update maklum la bzz beraya la katakan hehehe
ok la di sini ct nak coretkan sikit kisah ct dan suami beraya bersama dengan hati yg tersangat la gumbira hehehe
tahun 2008 merupakan tahun yg paling hepi sebab ct dapat beraya dengan suami dalam suasana tenang dan gembira...selama ni bukan tak hepi tapi jarak kami sentiasa membataskan aktiviti beraya kami tu.
selama ni setiap kali hari raya ketiga ct dah mula bersiap nak balik KL untuk sambung bekerja...suami pula kena hantar kat stesen bas dengan wajah yg sayu kesian jer ct tengok wajah suami ct setiap kali nak hantar ct balik ke KL.
tapi tahun ni alhamdulillah semua nya kembali ceria, ini la dikatakan pengorbanan seorang isteri yg berkorban kerjaya nya demi suami tercinta.
namun begitu ct sangat2 bersyukur kerana kasih sayang kami sentiasa mekar dan mewangi...
kalau gaduh2 tu biasa la kan "sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri"
setiap pertengkaran itu ada sebab nya dan selalu nya ia membawa kepada pengajaran untuk kedua belah pihak.
bagi ct walau macam mana susah pun kehidupan kami berdua cinta kami tetap abadi selamanya...
"CINTA HINGGA KE HUJUNG NYAWA"