Wednesday, December 24, 2008

POKOK DUIT DUIT

POKOK DUIT-DUIT

Assalamualaikum

Kali ni ct nak cerita tentang impian ct untuk membuat sebuah mini kebun di rumah hampir terlaksana syukur sangat hehehe…

Pokok Duit-duit (bahasa Inggeris: Centipede tongavine,, Silver Vine, Devil’s Ivy, dan Taro vine serta money plant, khususnya di India ) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan New Guinea. Pada suatu ketika digolongkan dalam genus Pothos, pokok ini kekadang silap digelarkan sebagai filodendron oleh kedai-kedai tumbuhan.

Pokok Duit-duit ialah sejenis liana yang tumbuh sehingga 20 meter tinggi, dengan batang pokok sehingga 4 sentimeter diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang bercangkuk pada dahan pokok-pokok yang lain. Daun-daunnya malar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli, dan berbentuk jantung. Daun-daun muda adalah seluruh dan tumbuh sehingga 20 sentimeter panjangnya. Ketika matang, daun-daun itu mencapai 100 sentimeter panjang dan berbentuk pinatifid, iaitu mempunyai lekuk sehingga tulang daun. Bunga Pokok Duit-duit berbentuk infloresen sehingga 23 sentimeter panjang, tetapi tidak pernah dinampak di Malaysia dan Singapura.

PENANAMAN DAN KEGUNAAN

Pokok Duit-duit ialah sejenis pokok hias-rumah yang popular. Terdapat banyak kultivar yang mempunyai daun-daun yang beraneka warna, termasuk warna putih, kuning, dan hijau muda. Pokok ini sering dipergunakan sebagai hiasan oleh pusat membeli-belah, pejabat, dan tempat-tempat awam yang lain disebabkan pokok ini amat lasak dan tidak memerlukan banyak jagaan. Selain itu, daun-daunnya amat menarik dan amat cekap untuk menghapuskan bahan-bahan cemar seperti formaldehid, xilena, dan benzena.

Sebagai pokok hias-rumah, Pokok Duit-duit boleh tumbuh melebihi dua meter tinggi, jika diberikan sangga yang sesuai. Untuk hasil yang terbaik, pokok ini memerlukan kecerahan cahaya yang rendah hingga sederhana. Pokok ini tidak dapat bertahan daripada cahaya terang, dan cahaya matahari langsung akan membakar daun-daunnya. Pokok Duit-duit menyukai suhu antara 17 dan 30 °C. Secara amnya, pokok ini hanya memerlukan air ketika daun-daunnya berasa kering jika disentuh. Baja cecair boleh dibubuh pada musim bunga, dan pasunya harus ditukar setiap beberapa tahun. Bagaimanapun, pokok ini adalah pokok yang tegap dan dapat bertahan daripada setakat penganiayaan. Pokok Duit-duit boleh ditanam secara hidroponik dengan mudah.

(petikan artikel ini dari http://fazlisyam.com/)

Monday, December 22, 2008

ROSEL


ROSEL

Assalamualaikum...

Kali ni ni kita berkenalan pula dengan pokok Rosel atau nama botaninya Hibiscus Sabdariffa L. Pokok Rosel ini juga dikenali dengan nama2 lain iaitu Asam paya, asam susur, asam kundang, roselle (Inggeris) dan sorrel. Pokok Rosel ini diketegorikan sebagai famili Malvaceae.

Sebagai pengenalannya Rosel banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang 2 m dengan dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Batang, dahan serta tangkainya berwarna merah. Daunnya pula berwarna hijau dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Bunga rosel keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur.

Khasiat serta kegunaanya ialah Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali.

untuk melihat gambar2 yg seterus nya jemput la ke Fotopages ct...
http://aimct08.fotopages.com/

Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDIL ADHAR


Assalamualaikum...
di kesempatan ini ct dan suami tercinta ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan "selamat hari raya aidil adhar"
semoga setiap pengorbanan yg kita lakukan adalah kerana ALLAH insya Allah...
namun di sebalik sambutan hari raya aidil adhar ini terselit cerita sedih yg ingin ct coretkan di cyber diaries ct ni...
di mana tahun 1991, ct telah berkesempatan menunaikan ibadah haji bersama2 mama dan nenek tercinta. namun takdir menetukan segalanya di mana nenek kesayangan ct telah kembali ke rahmatullah dan dimakamkan di madina al munawarah...
maka ct dan mama terpaksalah pulang ke malaysia berdua sahaja...
pada tahun 2002 pula sekali lagi ct berkesempatan menjejaki kaki ke tanah suci , kali ni ct ke sana dgn mama dan pak teh serta mak teh ct...
kali ni ct mengerjakan ibadah haji untuk arwah ayah tersayang...sebagai anak tiada apa yg dapat ct tunaikan melainkan ibadah haji untuk ayah...
walaupun ayah dan mama ct dah lama bercerai tapi ikatan antara anak dan ayah tak kan putus...jd ini la satu hadiah yg sangat2 berharga yg dapat ct hadiahkan untuk ayah tercinta...
insya Allah harapan ct satu hari nanti ct dapat menjejaki kaki sekali lagi ke tanah suci bersama insan tercinta iaitu suami ct Ibrahim Nordin...
semoga impian ini menjadi satu realiti ...AMIN...