Saturday, February 6, 2010

FILEM PASRAH


Kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia. Walaupun ramai lelaki cuba mendampinginya, tetapi Farah menolak semua cinta lelaki lain kerana kesetiaannya tetap kepada Hafsham, seorang eksekutif muda yang dikenalinya sejak enam tahun yang lalu. Dalam kerjayanya sebagai seorang peragawati, Farah sering menghadapi dugaan dan godaan. Natasha ialah seorang peragawati yang cemburu dengan kejayaan Farah, dan cuba menyainginya. Kesibukan Farah membuatkan masanya untuk bersama Hafsham agak terhad. Kesempatan ini telah dipergunakan oleh Natasha untuk mendapatkan Hafsham. Hubungan antara Farah dan Hafsham mula menampakkan bibit-bibit keretakan apabila kesangsian Hafsham terhadap Farah semakin menebal. Semuanya gara-gara perbuatan Natasha. Namun, sebagai gadis yang setia dengan cinta, Farah cuba memperbaiki hubungannya dengan Hafsham.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasrah

Salam sayang kepada my cyber diaries...kali ni ct nak berkongsi kenapa ct letak Filem Pasrah dalam blog ct ni...kalau semua nak tahu filem ni merupakan filem yang paling ct suka sebab boleh dikatakan 80% jalan cerita nya sama dengan pengalaman masa lampau ct...cuma yang membezakan adalah watak dan perwatakan tapi jalan citer nya sangat sinonim ngan kehidupan ct 10 thn yang lalu....:-(

Ini la dikatakan satu kebetulan ... dan sewaktu filem ini ditayangkan, ct masih dalam keadaan trauma dengan percintaan yang lampau...ini la dikatakan dugaan hidup...kalau tak putus cinta bukan "CINTA" nama nya hehehehe....

Tapi kini ct dah pun menemui cinta yang sejati, syukur alhamdulillah kerana ct memiliki seoarang suami yang sangat2 menyintai ct seadaanya...:-)