Thursday, July 25, 2013

LUAHAN HATI SEORANG WANITA

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku just nak share something yang sangat puitis untuk di renungi oleh kaum lelaki...kata2 ini aku share dari wall seorang sahabat FB yang bernama Ida Ariess. Kata Ida Ariess dia pun amik dari FB Strawberry Cinta... https://www.facebook.com/FilemStrawberiCinta?hc_location=stream

So mari kita hayatinya yer... :)

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Renung2kan yer...:)

Thursday, July 18, 2013

TEPUK DADA TANYA IMAN

Apa agaknya hukum menziarahi dan bertandang di Facebook semasa bulan Ramadan? Mungkinkah hukumnya haram? Atau  …

Oleh Siti Shamsiah bt Md Supi, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Kajian Shariah Undang-undang dan Politik IKIM

Apa agaknya hukum menziarahi dan bertandang di Facebook semasa bulan Ramadan? Mungkinkah hukumnya haram? Atau barangkali juga makruh? Jika ia haram, apa yang akan berlaku terhadap puasa kita, dan jika ia makruh apakah mungkin ia akan memberi kesan terhadap pahala puasa kita?

Sebelum kita membuat sebarang kesimpulan berkenaan aktiviti ini, adalah baik sekiranya kita memahami terlebih dahulu tentang Ramadan itu sendiri dan apa yang diharapkan oleh agama Islam terhadap umatnya. Apakah sebenarnya pandangan Allah terhadap bulan Ramadan.

Di hujungnya nanti, barulah akan kita akan faham di mana letaknya Facebook dan yang seangkatan dengannya di sisi Ramadan.

Pada suatu ketika pada bulan Syaaban dan ia merupakan hari yang terakhir dalam bulan Syaaban berkebetulan ia merupakan hari Jumaat, Rasulullah SAW menyampaikan khutbah Jumaat kepada umat Islam yang berkaitan dengan Ramadan. Ujar Baginda SAW, Ramadan merupakan bulan yang agung kerana di dalamnya sarat dengan keberkata dan salah satu malamnya, mempunyai nilai yang jauh lebih baik berbanding seribu bulan.

Padanya bulan itu terdapat kewajipan pelaksanaan puasa. Dalam khutbah berkenaan juga, Rasulullah SAW turut menyebut tentang ganjaran-ganjaran yang bakal diraih oleh individu Muslim yang melaksanakan ibadah fardu dan amalan-amalan sunat (Mafhum Hadis yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi).

Manakala dalam sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, antara mesej yang hendak disampaikan ialah fahaman bahawa setiap amalan yang dikerjakan oleh manusia itu adalah untuk dirinya sendiri (manfaatnya adalah untuk yang melakukannya). Walau bagaimanapun, puasa itu adalah untuk  Allah SWT.

Apabila disebut ia adalah “untuk Allah”, bermakna puasa itu merupakan suatu persembahan makhluk ataupun hamba kepada Pencipta atau Tuhannya. Manifestasi ketundukan, kepatuhan atau ketaatan oleh seorang hamba yang tidak punya sebarang daya kecuali dengan izin Tuhannya.

Ibarat seseorang yang ingin memberi hadiah kepada orang yang dikasihi, tentulah ia akan memilih barangan yang hebat dan berkualiti tinggi untuk dijadikan sebagai hadiah dan persembahan kepada orang yang disayangi. Maka, sewajarnya kualiti puasa yang akan dipersembahkan kepada Allah SWT adalah puasa yang berkualiti tinggi.

Jika logam emas mempunyai  gred-gred yang tertentu, sedangkan  emas itu sendiri sudah merupakan logam yang bernilai tinggi, begitulah analoginya untuk puasa, yang kita bicarakan di sini puasa dalam bulan Ramadan.

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab beliau, Ihya Ulumuddin, terdapat tiga tingkat  puasa iaitu, iaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagI. Puasa umum berada di tingkat yang paling bawah iaitu puasa yang sekadar menahan diri dari makan, minum dan perbuatan yang menyebabkan terbatalnya puasa.

Manakala puasa khusus pula (tingkat kedua), di samping menahan perkara-perkara yang dinyatakan tadi, turut memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Ataupun, menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh mengurang atau menghilangkan pahala puasa.

Sementara puasa khusus yang lebih khusus (tingkat teratas) adalah menahan hati dari segala hasrat yang sia-sia dan bertahan daripada memikirkan perkara-perkara yang bersifat duniawi semata-mata. Tidak ada perkara yang difikirkan dan dihayati melainkan Allah SWT sahaja.

Kembali kepada persoalan utama tentang lawatan ke Facebook yang sebenarnya boleh juga digunakan dalam mencari rumusan tentang sebarang aktiviti di internet dalam bulan Ramadan. Setelah difahami tentang ketiga-tiga tingkatan puasa, atau tiga jenis kualiti puasa, maka di sinilah kita akan hubung kaitkan dengan aktiviti  “berziarah” dan “bertandang” ke laman-laman sosial di internet--tentang implikasinya terhadap puasa  yang sedang dilaksanakan.

Sebenarnya, jika lawatan kita ke internet itu menyebabkan kita melihat perkara-perkara yang ditegah, tentunya ia akan mengurangkan bahkan barangkali melupuskan pahala puasa, bahkan, kita mungkin akan mendapat dosa sekiranya mata kita melihat atau melayari perkara-perkara maksiat.

Selagi apa yang wujud dalam internet itu tidak menyebabkan puasa kita terbatal, maka puasa kita tetap sah tetapi ia sesuatu yang tidak menguntungkan kita, sedangkan sebagai umat Islam kita amat disarankan untuk mengumpulkan pahala sebanyak mungkin ketika dalam bulan Ramadan.

Pada saya, Facebook ialah perkampungan maya, setiap pemilik akaun merupakan tuan rumah dan friends adalah jiran-tetangga. Dalam perkampungan maya ini, terdapat “kedai”, “tempat hiburan”, “berita atau maklumat terkini”, “bank resepi” dan pelbagai bentuk informasi. Kita bebas menyapa jiran-tetangga, begitu juga sebaliknya.

Seperti dalam kehidupan realiti, kita juga bebas untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Persoalannya, apakah bahan yang dijadikan sebagai bahan bualan? Apakah bahan-bahan yang boleh meningkatkan kualiti iman atau, sebaliknya adakah kita berbual tentang hal yang sia-sia?

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Muslim, Rasulullah SAW memberi amaran kepada umat Baginda yang sedang menjalani ibadah puasa dengan mengatakan bahawa terdapat lima cara pahala puasa musnah sama sekali iaitu dengan berbohong, mengumpat, mengadu domba, bersumpah palsu dan melihat sesuatu dengan hawa nafsu.

Tentu kita tidak menafikan bahawa semua aktiviti yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah SAW ini boleh berlaku dalam Facebook dan yang seangkatan dengannya.

Facebook merupakan medium semata-mata, tetapi manusialah yang akan menjadikan ia sebagai sesuatu yang boleh memangkinkan pahala ataupun sebaliknya. Telah pun dinyatakan sebelum ini bahawa Facebook ibarat sebuah kampung dalam bentuk maya.

Jika kita seorang yang cintakan agama, tentunya kita akan mencintai puasa kita dan seterusnya kitalah yang akan menjadikan suasana akaun Facebook yang dimiliki sebagai suasana yang memelihara pahala puasa. Bukankah kita boleh mewujudkan sebuah perkampungan yang mesra Ramadan?

Pilihlah jiran-tetangga yang akan mempunyai jiwa yang mencintai Islam, tentunya kita tidak akan gundah dengan pahala puasa kita. Ini kerana, status-status yang akan kita baca di halaman rumah kita hanya status yang baik-baik.

Akan wujudlah perkampungan yang akan saling ingat-mengingati. Perkampungan maya yang baik akan mempengaruhi pemikiran yang baik dari semua aspek termasuklah untuk menghargai masa yang ada. Contoh yang mudah adalah, pada setiap hari Jumaat akan ada pemilik akaun yang mengemas kini statusnya dengan menyatakan kebaikan membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Status sebegini sebenarnya mampu memberi pengaruh kepada friends dan menarik friends untuk membaca al-Quran.

Ujar Rasulullah SAW, “Perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual wangian. Ada kalanya engkau diberinya atau membeli daripadanya atau beroleh bau wanginya. Dan, perumpamaan sahabat yang jahat ibarat peniup tukang besi, ada kalanya engkau terbakar dengan percikan apinya atau terkena bau busuknya” (Hadis riwayat Bukhari).

Maka, untuk merumuskan apakah hukumnya melawat Facebook semasa Ramadan, hukumnya ada pada diri kita.Tepuk dada, tanyalah iman.

Sumber : Pak Cik YAHOO!!!

Wednesday, July 10, 2013

MARHABAN YA RAMADHAN 1434H


marhaban ya ramadhan
Assalamualaikum...

Diam tak tak diam kita dah masuk ke bulan yang mulia yakni bulan Ramdahan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih di beri peluang untuk beribadah di bulan yg amat indah ini.

Oh yer dah lama juga aku tak mengupdate blog tercinta aku ni. Bukan malas tapi kekangan masa tu menghadkan aktiviti singgang aku. Wah!! bunyi macam sibuk sungguh kan surirumah ni hehehehe....

Ramadhan kali ini aku dan suami sambut dengan penuh rasa kesunyian, kerana ramai ahli keluarga terdekat kami telah pulang menemui PenciptaNya....yang paling terasa bila ayah mertua ku dah tak ada. Kalau ayah masih ada sure kami anak, menantu, cucu, cicit dapat merasa masakan ayah yang sedap tu. Menu utama ayah tak lain tak bukan NASI DAGING la hehehe...sedap sangat ayah masak. Tapi apa kan daya ini semua telah dijanjikan oleh Yang Maha Esa. Semoga ayah kini lebih tenang dan bahagia di alam sana AMMIIN....

Tahun ini merupakan tahun ketiga aku menyambut Ramadhan tanpa arwah mama di sisi. Walau pun dah menjangkau ke tiga tahun, tapi kesunyian tu makin mencengkam. Namun apa kan daya itu sudah suratan buat ku. Kali ketiga juga aku akan menyambut AidillFitri sebagai anak YATIM PIATU. Sungguh pilu Tuhan saja yang Maha Mengetahuinya.

Yang paling aku terasa tahun ni merupakan tahun pertama aku beraya tanpa kakak sepupu yang ku kasihi iaitu Allahyarham Siti Khatijah Omar dan anak2 nya. Begitu juga dengan arwah Pak Uda adik kepada arwah kak Siti. Kalau tidak waktu2 macam ni, kami mula la sibuk berborak di FB cerita segala persiapan nak beraya. Walaupun selepas masing2 berumahtangga hubungan kami semakin renggang namun FB banyak menghubungkan kami semula. Walau apa pun Al-Fatihah ku kirimkan buat kalian di sana...semoga kalian tenang dan damai di alam sana....AMMIIN....

banyakkan amalan soleh dan tinggalkan amalan toleh
Kita yang masih hidup ni pun belum tentu dapat menghabiskan bulan Ramadhan ini. Entah esok lusa kita juga bakal dijemput pulang ke alam sana. Maka penuhi lah bulan ini dengan kebaikan dan kemuliaan dan kalau boleh biarlah kebaikan dan kemuliaan ini kekal hingga selamanya dan sebati dalam diri kita In Shaa Allah.

Bulan Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan diri dari segala keburukkan dan nafsu yang beraja. Jika selama ni kita seorang yang pemarah, maka bulan ini lah yang akan mengajar kita erti sebuah kesabaran yang sebenarnya. Bulan ini juga bulan yang akan mengeratkan kasih sayang di antara kita. Contohnya di bulan ini lah kita akan makan berjemaah dengan ahli keluarga kita. Ya Allah indah sungguh bulan Ramadhan ini sebenarnya....Selain itu, ia juga mengeratkan perpaduan ummah yg sejati. Pergi berterawih sambil bertanya khabar jiran tentangga dan saling bermaafan. Subhanallah nikmatnya kehidupan sebagai seorang MUSLIM...Allahuakbar!!!

makan berjemaah

solat terawih berjemaah



Tapi ada juga yang menjadi buruk jika kita mengikut hawa nafsu. Biasa la kan setiap kali bulan Ramadhan maka akan tumbuh la Bazzar Ramadhan bak cendawan selepas hujan. Kalau dah pergi ke sana tu mula la rambang mata kan hehehehe...tengok ini nak makan, tengok itu pun rasa teringin alahai nafsu nafsi semua tu huhuhu....

Konon kata syaitan semua kena ikat, tapi syaitan yg ada dalam badan kita ni tak diikat la pula hehehehe....Aku ni dah dua tahun rasanya tak ke Bazaar Ramadhan, lagi pun suami aku balik kerja dia dah belikan...itu pun selalunya dia belikan murtabak, tak pun dia bawa balik bubur lambuk di Masjid yang berdekatan. Sebabnya my hubby ni suka masak bila time bulan puasa, ada saja menu yg diciptakan. So aku just tolong2 apa yg patut jer la. Best kan :)

jangan tiru aksi dalam kartun ni tau
Oh yer korang makan apa sahur tadi??? Aku dan suami macam biasa la layan nestum, oats dengan kurma jer la. Sejak tahun lepas my hubby dah ikut cara sahur aku ni hehehehe...So lega la juga tak payah nak berperang kat dapur pagi2 hari hehehehe....

Tapi dulu hubby nak juga makan nasi bila bersahur, tapi sejak aku tahun 2010, dia dok sahur sorang2 mungkin dia pun terbiasa dengan nestum mix oats tu...aku pula tahun 2010 hanya sahur air kosong dengan sebiji buah tamar jer, maklum la masa tu dok jaga arwah mama kat ward, tak sempat nak bersahur ni sebenarnya. Bangun 4.30 aku dah kena mandi...lepas tu nak lapkan arwah, so sesambil tu la aku makan sahur...Tapi Alhamdulillah sikit pun aku tak rasa penat atau letih, malah lebih bertenaga. Syukur sangat kerana Allah sentiasa memelihara aku dan mama waktu tu...Alhamdulillah...

menu sahur

menu sahur

menu sahur
Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa yer kawan2, penuhi bulan mulia ini dengan aktiviti2 yg mendatangkan pahala bukan yang medatang kan bala tau...jangan lupa berterawih tau...salah satu excercise juga tu tau...kalau nak lansing ini la masanya hehehehe...tapi jangan ingat nak kurus jer ok!!! santapan nurani kena la di penuhi juga tau...:)

Salam Ramadhan dari aku yg comeiii ini hehehehe...ADIOS!!!