|
gambar sekadar hiasan |
Assalamualaikum wbk ...
Salam sayang buat semua rakan2 yang sudi menjengah ke laman blog I yang tak seberapa ini. Merendah diri la pula I ni kan Uolss hehehe...biasa lah I memang dah sejak azali rendah so bila merendah diri alamatnya lagi rendah la jawab nya hehehe... sampaikan orang tak nampak I pun hehehe :)
Ok la semalam kita semua sambut 1 Mei kan, so semua yang berkarja pasti la bercuti kan, orang2 macam I ni tak der la pula nak bercuti apa semua. Dah memang sah2 tiap2 hari ada kat rumah, kerja pun kerja kat rumah kan.
So macam biasa la, hubby I kalau hari bercuti mula la dia melingkar macam ular kekeyangan hehehe...sesekali nak berehat katanya. So aku pun iyer kan jer la. Bangun jer pagi seperti biasa aku akan mop lantai,bagi makan naka2 buluss dan kemas rumah apa yg patut (walaupun hakikatnya semua dah terkemas tp akan kemas semula juga hehehe...). Elok jer aku masuk bilik semula nak amik kain baju untuk mendobi hubby bersuara,
"Tak payah cuci baju la hari ni, cuaca mendung tu..." Iyer betul juga memang semalam cuaca kat Butterworth agak mendung jer. Dia bersuara lagi ...
"Hari ni kan 1 Mei, hari Pekerja, rehat jer la ..." Katanya sambil tersenyum ...
Aku pun anggukkan jer la. Tiba2 dia kata ...
"Keluarkan ayam, hari ni kita makan menu ala Thai la..."
Hish, biar betul... aku baru jer nak buat breakfast terus terdiam. So lepas dia bersiap apa semua Chef masuk dapur la semalam. Maka terhasil la menu Tom Yam Campur, Ayam Kicap Ibu hehehehe...(sebab guna sos ABC) dan juga nasi beras wangi siam.(guna beras siam yang aku dapat masa bawa budak2 tarian ke Satun tahun lepas)
Jam 11.30 pagi kami dah mula brunch hehehe.. (breakfast plus lunch). Habis jer makan semua mata dah layu la...aku macam biasa la belek2 talipon momei aku tu, hubby pula layan ipad dia. Jam 12.30 aku terlelap sekejap, kebetulan pula time tu hujan renyai2. Lebih kurang 20 minit aku terjaga semula. Begitu juga dengan hubby, lepas jer solat Zuhur hubby sambung tidur semula, aku pula layan novel (layan la konon, masuk muka surat kedua terus rasa boring ...)
Aku bangun lipat baju yg baru diangkat dari ampaian, selesai semua dah jam 3 petang. So apa lagi layan la my feveret drama "Temptation of a Wife" Philippine version, cerita yg diadaptasi dari drama Korea.
Jam 4 ptg aku dah mula sibuk bagi makan anak2 buluss and mop lantai sekali lagi. Lepas tu solat Asar and hubby sekali lagi masuk ke dapur. Kali ni dia masak nasi goreng untuk menu dinner kami.
Alhamdulillah aku dapat la juga merasa nikmat CUTI dari memasak sempena Hari Pekerja. Dalam kekurangan ku Allah titipkan seseorang untuk menyempurnakan ku Alhamdulillah ...
|
gambar sekadar hiasan |
Kalau ikutkan aku nak puasa semalam, tapi bila fikirkan suami ada kat rumah kena la aku raikan suami. Aku tahu kalau aku minta izin nak berpuasa sure dia izinkan, tapi aku fikir banyak masa lagi. Elok la aku raikan suami yg sedang berehat di rumah.
Dalam kita mengejar pahala jangan sesekali kita lupa pahala yg sedia ada. Lagipun ini puasa sunat bukan wajib lagi kan. Nanti bila dah masuk Ramadhan kita berpuasa sebulan la kan ...
Apa pun itu lah resepi kebahagian kami. Walau tak sehebat mana tapi ia cukup membahagiakan aku. Ini Keluarga Kecil ku. Ini Syurga Dunia ku. In Shaa Allah aku mohon agar kebahagian ini kekal hingga ke Al-Jannah ... AMMIIN ...
Salam Rejab untuk semua ...
Wassalam ...