Tuesday, February 24, 2015

SEMAKIN LAMA SEMAKIN NAMPAK BELANGNYA

gambar sekadar hiasan
Assalamulaikum WBK ....

Salam Asar untuk sekalian blogger. Hari ni nak celoteh sikit. Celoteh dengan suasana di sekililing ku. Just simple, bila kita makin lama kenal seseorang ia akan terpancar the true colour dalam diri org tersebut, sama ada org itu "kureng" atau "lebih" baiknya its depends pada situasi.

Aku ni pun bukan la baik sangat tp bila ada benda yg tak elok di pandangan mata mulut ni mula la nak bercakap nak komen itu ini. Tapi biasa la, manusia sekarang bukan boleh ditegur. Kalau silap tegur kita pula dijadikan musuh ... Subhanallah ....

Macam2 hal yg berlaku sekarang ni. Yang paling ketara adik beradik sedarah sedaging sepusat sepusing pun boleh tak bertegur sapa walaupun tinggal sebumbung.
Subhanallah ....
Manusia makin EGO, makin SOMBONG dan BONGKAK dengan diri sendiri. Apalah yg nak digaduhkan pun, itu adik awak kut ... itu kakak awak kut ... itu abang awak kut ...
Alahai makin kurang kasih sayang nampaknya manusia sekarang ni la.

Ada sesetengah pula terlalu taksub dengan CINTA. Sampaikan ibu dan saudara mara sendiri dijadikan musuh. Konon2 macam kenal sangat la dengan lelaki taua perempuan yg baru dicintai sebulan dua sampaikan kata2 ayah dan ibu lansung tak boleh terima.
Nauzubillah ...
Kenapa mesti jadi macam ni. Kenapa mesti bermusuh sesama saudara sendiri, apakah kita sudah hebat untuk hidup sendirian tampa kasih sayang dari famili ????
Tepuk dada tanyalah IMAN ....

Selain tu ada juga yang terlalu bangga dengan apa yg dimiliki sampaikan semuanya nak ditunjuk. Bukan setakat tunjuk malah dibangga-banggakan seolah2 dia lah hebat, dialah juara, dialah segala-galanya.

Aku pun tunjuk juga hehehehe ... biasa la aku ni gila FB. Tapi ada benda yg aku akan tapis dulu sebelum di publish untuk org ramai.
Tak semua org suka dengan kita, dalam sepuluh mungkin hanya sorang ataupun tak mustahil tak ada langsung kan hehehehe ...

Manusia banyak yang bermuka-muka. Depan kita cakap manis belakang Allahuakbar habis aib kita djaja nya ....
Lahaulawala Quawata Illah Billahiiazim .....

Aku selalu ingat pesan arwah mama ...

"kita jangan sesekali mencari musuh, berbuat baik la dengan org, jaga percakapan jangan sampai buat org terasa dengan lafaz kita ..."

"Ringan2kan tulang bantu org yg memerlukan, kalau tak mampu dengan duit bantulah dengan tenaga ... yang penting jaga ukhuwah sesama kita ..."

Semua nasihat mama akan aku pahatkan dalam hati ku.

Bak kata pepatah ...

"Ada mata pandang ... Ada telinga dengar ... Ada mulut diam ..."

Zaman sekarang zaman semua org boleh bercakap menunjukkan ketiakpuasan hati, tp aku memilih untuk melihat dan berdoa agar org2 yg sedang menuju kehancurang dikembalikan ke pangkal jalan ...

Ingat lah wahai diriku, jadikan setiap cerita itu satu pengajaran, jadikan setiap kisah itu satu iktibar ... Muhasabah diri, perbaiki diri dan Istiqamah ...
Semoga Allah melindungi hati ku dan mengawal tutur bicara ku agar tiada permusuhan antara aku dan insan lain ...
Jika ada yg BENCI dengan diri ini ... Alhadmdulillah ... Terima kasih ...

Wassalam ....


Sunday, February 15, 2015

NEGARA KEHILANGAN PERMATA

Assalamualaikum WBK ...

Bila bercakap tentang kehilangan hati mula terasa hiba. Kehilangan orang2 tersayang amat merobek hati hinggakan kadang2 diri terasa ingin turut ikut bersama. 

Ajal ...
Maut ...
Itu semua hak Allah ... Kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan segala-galanya. Pada mereka yg telah pergi mendahului kita sama2 la kita sedekahkan doa agar mereka tenang di sana, kita yang masih disini kena lah teruskan sisa2 hidup seperti biasa sebelum diri di jemput pulang menemui Sang Pencipta ...

Tanggal 12 Februari 2015, negara kehilangan sebutir permata dlm arena sukan khususnya. Kehilangan Dato Haji Hasbullah Awang seorang pengulas sukan yg disegani amat di rasai oleh semua golongan masyarakat. Suara emasnya sentiasa kita dengar di kaca TV dan di corong2 radio. 

allahyarham dato hj hasbullah awang
Arwah meninggal sewaktu menerima rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada tengah hari Khamis yang lepas. 

Arwah yang berperwatakkan ceria sentiasa di senangi oleh rakan2 sejawatnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Dato haji Hasbullah Awang ...

Al- Fatihah ...
...................................................................................................................................................................


Belum pun reda dengan kesdihan kehilang Dato Hasbullah Awang, pada malamnya pula sekali lagi kita dikejutkan dengan berita pemergian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada jam 9.15 malam Jumaat. 

Allahuakbar ....

Hilang lagi sebutir permata Islam yang tersohor .....

Allahyarham merupakan ulama Islam yang tersohor, bukan setakat di Malaysia tp di negara2 Islam yang lain. 

Penyakit kanser prostat yang dihidapi arwah telah menyerang dan kumannya sudah sampai ke bahagian otak. Arwah meninggal di rumahnya di Pulau Melaka Kelantan. 

Sifat arwah yg bersederhana amat disenangi oleh semua golongan masyarakat. Walaupun ada yg berbeza pendapat terutama dalam bidang politik tapi atasa nama ISLAM kita wajib bersatu. 

allahyarham tuan guru nik aziz nik mat
Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Hjh Tuan Sabariah dan sepuluh orang anak. 

Secara peribadi aku amat mengagumi arwah kerana sifat rendah dirinya serta tawaduknya beliau dengan ISLAM. Tiada kemewahan yg dibanggakan tapi nilai2 murni dalam ISLAM itu sendiri yg di tegaskan.

Puluhan ribu manusia turut mengiringi majlis pengebumian Allmarhum Tuan Guru. Tak terkecuali aku dan mereka yg lain menontonnya di kaca TV ...

Damailah kami wahai permata ISLAM ....
Damailah kamu di sisi Tuhan Mu ....
In Shaa Allah kami di sini akan sentiasa mendoakan kerahmatan mu di sana ...

Al-Fatihah ....

Wallahualam ....

Saturday, February 14, 2015

BOBOY MY LATE CAT

my late boboy
Assalamualaikum WBK ....

Hari Ahad yang lepas aku kehilangan kucing yang amat ku sayangi Boboy namanya. Hampir tujuh tahun Boboy hidup bersama kami suami isteri. Boboy ni abang kepada Gurgirl.

Banyak suka duka yang Boboy lalui sepanjang hidup dengan kami. Yang aku tak boleh lupa bila Boboy terpaksa duduk berkeliaran kat luar kawasan apartment kami sewaktu tahun 2010. Masa tu aku tak ada kat rumah sbb sibuk jaga arwah mama kat hospital. So hubby pulak kerja, adik ipar aku pula sekolah. So memang tak ada siapa kat rumah, maka suami ku membiarkan Boboy duduk kat luar.

Tapi Boboy pandai, bila time hubby aku balik dia akan naik ke tingkat satu rumah kami untuk makan. Sedih sangat, dah macam stray cat pulak sedangkan bertuan huhuhu ... hampir setahun Boboy lalui kehidupan macam tu.

Sampai la aku pulang semula ke rumah selepas arwah mama aku pulang ke rahmatullah December 2010, aku bawak Boboy tinggal semula dengan kami.

Tapi sebab Boboy ni jantan suka "spray essence" hubby leta Boboy kat balkoni belakang apartment kami. Maka di situlah tempat pertapaan Boboy sampai la ke hujung nyawa nya ....

Allahurabbi ...

Kasihan sangat Boboy ... hidupnya banyak rintangan. Tapi lepas kematian Kakak (kucing betina) kami, hidup Boboy memang sunyi. Kalau tidak Kakak la yg selalu temankan Boboy.

Boboy meninggal pada 8 February lepas setelah hampir seminggu Boboy sakit. Dari hari Isnin lagi Boboy dah kurang makan. Tapi aku masih letak lagi sup ikan dan isi ikan kat Boboy. Sbb Boboy macam dah tak nak makan nasi. Tapi kalau bagi isi ikan rebus atau sup ikan dia akan makan. Masuk hari Rabu keadaan semakin lemah, dia dah tak nak makan hanya minum air saja. Mulut dia pula asyik keluar air liur. Aku lap mulut Boboy tampa rasa jijik pun ... sbb dia juga hamba Allah yg ingin di belai.

Hari Jumaat keadaan Boboy makin teruk, mulut dia dah mula keluar darah yg pekat.

Subhanallah ....

Aku mula fikir tentang kehilangan Boboy. Hari Sabtu pagi lepas solat Subuh aku jenguk dia ... darah keluar semakin banyak. Aku bersihkan mulut Boboy. Aku lap badan Boboy yg semakin susut ... mata dia hanya memandang ke arah ku seolah-olah dia akan pergi jauh tinggal kan aku.

Allahuakbar !!!

Hati aku hiba sangat. Aku cakap kat Boboy supaya tunggu aku, sebab hari Sabtu hari aku mengajar kelas tuisyen ... dia seolah-olah faham sebab memang selalu hari Sabtu aku akan bagi tahu dia ...

"Mama nak pi work2 ni tau, Boboy jangan nakal2 ok ...."

Selalu kalau aku cakap macam tu Boboy akan mengiaw tanda faham, tapi kali ni bila aku cakap Boboy hanya berbunyi ...

"errmmm ...."

Sayunya hati Ya Allah ...

Aku tetap cium kepala nya, usap badannya yang semakin mengeras ... barangkali menahan sakit agaknya ...

Lepas habis kelas tuisyen aku bergegas balik ... hubby kata dia belikan ikan tongkol, hubby tahu Boboy suka sangat dengan ikan tongkol. Katanya rebus ikan tu dan bagi Boboy makan, aku diam sbb aku tahu Boboy dah memang tak mampu nak makan. Aku yakin hubby belum tengok kedaan Boboy semalam dan hari ini.

So bila sampai rumah kebetulan hari tu lunch hubby yg nak masak, dia ke belakang balkoni untuk tengok keadaan Boboy ...
Bila buka pintu tersentap dia melihat kedaan Boboy yang semakin lemah seolah-olah dah kaku di atas tilam yg aku sediakan.

Mengucap hubby ... tiba2 aku dengar dia bersuara ...

"Ala Boboy ..." ada getar dlm peti suaranya ...

Lepas lunch hubby keluar cari "daun kucing galak" katanya amik akar rebus dan buat minum untuk Boboy. Aku pun buat macam yg disuruh. aku suap mulut Boboy dengan minuman herba tersebut, nampak Boboy minum walaupun payah. Sambil suap aku cakap ...

"Boboy nak sihat kan, nanti Boboy nak teman Mama borak2 kat dapur, Boboy kan nak teman Mama sidai baju, Boboy kan sayan Mama dengan Papa ..."

Dia macam faham tiba2 dengar dia berbunyi ...

"errrmmm..." walaupun lemah tapi dia tetap membalas kata2 ku ....

Semalaman aku suap Boboy dengan air herba, dah tinggal sikit pun air tu. Sampai la ke pukul 2.30 pagi, mata ku pun mula mengantuk. Aku tertidur ... jam 6.00 pagi sebelum masuk Subuh aku terjaga, terus aku pergi tengok Boboy.

Boboy makin lemah, tp darah dah kurang, aku angkat dia letak atas tilam semula, aku suapkan air herba lagi, tp Boboy dah tak telan, air herba menitis ke tepi bibirnya.

Tiba2 azan Subuh berkumandang, aku terus mandi dan solat. Lepas solat mata aku mengantuk sangat, aku pejam sekejap mata ku, bila terjaga aku cepat2 pi tengok Boboy, tapi masa tu Boboy dah pun pergi buat selama-lamanya ..... Boboy ku dah tak ada ...

Sedih nya Ya Allah ...
Tapi itulah hakikat sebuah kehidupan ... yang hidup pasti akan mati ....

Aku segera ke bilik bagi tahu hubby ... ternyata hubby pun turut sedih ... katanya ..

"Jom kita balik kampung kebumikan Boboy, sebab Boboy lahir kat kampung ..."

Aku pun lap wajahnya, lap badannya yg masih lembut dan sempat aku memeluknya untuk kali terakhir ...

papa sedang kebumikan boboy 

damailah kamu wahai boboy
kenangan bersama boboy tak mungkin ku lupa
Terima kasih Ya Allah di atas pinjaman ini. Terima kasih Ya Allah di atas perkongsian rasa cinta ini. Tak semua orang memlikinya. Aku bersyukur Ya Allah ...

Betul kata seorang kawan, hanya pecinta haiwan sahaja yang tahu akan kehilangan haiwan peliharaannya.

Tak semua faham naluri kami pecinta haiwan. Ada yg memerli ada juga yg mencemuh dan tak kurang yang kata kami ni GILA ...

Aku juga tak terlepas dari hinaan macam ni, biar lah apa yg mereka nak kata, aku tahu apa yg aku buat, aku yakin Allah juga tahu apa yg aku sedang buat ...

Buat Boboy, Mama dgn Papa minta maaf atas semua kesilapan kami, terima kasih kerana buat Mama dengan Papa hepi. Kami akan selalu ingat Boboy ...
We love U sayang ...

bekas makan boboy sebagai kenangan
Kini hanya bekas makan Boboy yang masih tersimpan rapi. Mama akan simpan sbb inilah satu-satunya kenangan Mama dengan Boboy ...

RIP My Lovely Cat BoBoy ....

Wassalam ...