Friday, January 9, 2009

SAHABAT KU TERSAYANG SALMAH


Assalamualaikum,

Kali ni ct nak cerita sikit tentang salmah dalam hidup ct, kami bersahabat sejak tahun 1998 lagi. Waktu tu kami sama2 mendaftar diri untuk penginapan Kolej di ITM (masa tu belum UiTM lagi tau). Tapi Salmah dapat Kolej Cempaka ct pula ditempatkan di Kolej Kenanga. Walaupun Kolej Cempaka Kenanga tu sebuah Kolej yg sama tapi jarak kami agak jauh la juga.

So selama 6 semester (3 tahun) kami banyak berkongsi suka duka bersama, gaduh pun pernah tapi gaduh2 manja gitu hehehe…banyak rahsia ct yg salmah tahu dan begitu juga la sebaliknya. Bak kata orang bila sal menangis ct pun menangis sama la…begitu akrabnya persahabatan kami.
Kalau diikutkan salmah adalah sumber kekuatan ct masa zaman di shah alam dulu. Ct ni penakut dan lemah sangat sampaikan kalau nak balik penang ct selalu bergantung harap pada sepupu ct yg sama belajar di UiTM, tapi sepupu ct tu senior setahun dari ct.

Tapi tu la kan sampai bila kita nak bergantung harap kat org walaupun sepupu kita sendiri kan, so salmah la yg banyak bagi peransang dan juga nasihat untuk ct belajar berdikari dan jadi seperti ct yg ada sekarang…Syukur Alhamdulillah, jasa salmah akan ct kenang sampai akhir hayat.

So di sini ct ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih ct untuk sahabat tersayang salmah, semoga persahabatan kita ini kekal abadi hingga ke hujung nyawa Insya Allah.

Baru2 ni ct telah ke Melaka, so ct pun membuat janji temu dengan sahabat tersayang salmah.Syukur Alhamdulillah apa yg ct impikan untuk bertemu dengan salmah akhir nya tercapai setelah menempuhi kesesakkan jalan raya dan pelbagai dugaan.

Terima kasih kepada suami ct yg tercinta kerana sentiasa berusaha memenuhi segala impian ct dan tak pernah menghalang segala kemahuan ct. Syukur kepada Allah kerana telah memberi sahabat2 yg sangat menyanyangi ct dan famili yg selalu menyokong ct. ini la anugerah yg paling berharga dalam hidup ct sebagai manusia kerana sentiasa dikelilingi oleh mereka yg sentiasa menyanyagi ku...syukur pada Mu TUHAN...

Friday, January 2, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1430 HIJRAH & 2009 MASIHI


Assalamualaikum,
Selamat Menyambut Tahun Baru Islam dan juga Tahun Baru Masihi...kalau tahun baru Islam kiraan nya dah masuk ke 1430 Hijrah manakala Tahun Baru Masihi dah pun melangkah ke Tahun 2009...
dah masuk tahun baru ni mesti semua nya kena baru la kut hehehe...maksud ct baru dari segi matlamat hidup dan juga arah tuju yang satu...
selalu nya bila masuk tahun baru mula kita semua berbicara tentang azam...Apa azam tahun baru kita?
bagi ct dan suami kami tak nak sebut tentang azam dan tak nak berjanji apa azam kami di tahun baru ini...bagi kami tindakan adalah lebih utama dari memasang azam.
apa saja yg terlintas di fikiran dan ianya membawa kebaikan insya Allah akan kami berdua laksanakan demi kebahagian dan kejayaan dalam kehidupan berkeluarga.
Apa saja kekurangan dan kelemahan kami berdua akan kami baiki demi kebahagian hidup bersama.Setiap kejayaan dan kebahagian itu adalah milik bersama walau pun dalam membina kejayaan dalam kerjaya masing2.
Kami percaya hidup ini satu perkongsian, apa yg kami miliki adalah hak org lain juga...sebagai umat di muka bumi ini kami tak nak mendabik dada mengatakan ini hak kami dan itu bukan hak mereka, apa yg ada adalah kita bersama...
so sebagai manusia yg bertamadun marilah kita sama2 sematkan jati diri yg unggul demi mencapai matlamat hidup yg diinginkan...setiap kejayaan dan kebahagian dapt di kongsi bersama2 mereka yg kita sayangi...Insya Allah

Wednesday, December 24, 2008

POKOK DUIT DUIT

POKOK DUIT-DUIT

Assalamualaikum

Kali ni ct nak cerita tentang impian ct untuk membuat sebuah mini kebun di rumah hampir terlaksana syukur sangat hehehe…

Pokok Duit-duit (bahasa Inggeris: Centipede tongavine,, Silver Vine, Devil’s Ivy, dan Taro vine serta money plant, khususnya di India ) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan New Guinea. Pada suatu ketika digolongkan dalam genus Pothos, pokok ini kekadang silap digelarkan sebagai filodendron oleh kedai-kedai tumbuhan.

Pokok Duit-duit ialah sejenis liana yang tumbuh sehingga 20 meter tinggi, dengan batang pokok sehingga 4 sentimeter diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang bercangkuk pada dahan pokok-pokok yang lain. Daun-daunnya malar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli, dan berbentuk jantung. Daun-daun muda adalah seluruh dan tumbuh sehingga 20 sentimeter panjangnya. Ketika matang, daun-daun itu mencapai 100 sentimeter panjang dan berbentuk pinatifid, iaitu mempunyai lekuk sehingga tulang daun. Bunga Pokok Duit-duit berbentuk infloresen sehingga 23 sentimeter panjang, tetapi tidak pernah dinampak di Malaysia dan Singapura.

PENANAMAN DAN KEGUNAAN

Pokok Duit-duit ialah sejenis pokok hias-rumah yang popular. Terdapat banyak kultivar yang mempunyai daun-daun yang beraneka warna, termasuk warna putih, kuning, dan hijau muda. Pokok ini sering dipergunakan sebagai hiasan oleh pusat membeli-belah, pejabat, dan tempat-tempat awam yang lain disebabkan pokok ini amat lasak dan tidak memerlukan banyak jagaan. Selain itu, daun-daunnya amat menarik dan amat cekap untuk menghapuskan bahan-bahan cemar seperti formaldehid, xilena, dan benzena.

Sebagai pokok hias-rumah, Pokok Duit-duit boleh tumbuh melebihi dua meter tinggi, jika diberikan sangga yang sesuai. Untuk hasil yang terbaik, pokok ini memerlukan kecerahan cahaya yang rendah hingga sederhana. Pokok ini tidak dapat bertahan daripada cahaya terang, dan cahaya matahari langsung akan membakar daun-daunnya. Pokok Duit-duit menyukai suhu antara 17 dan 30 °C. Secara amnya, pokok ini hanya memerlukan air ketika daun-daunnya berasa kering jika disentuh. Baja cecair boleh dibubuh pada musim bunga, dan pasunya harus ditukar setiap beberapa tahun. Bagaimanapun, pokok ini adalah pokok yang tegap dan dapat bertahan daripada setakat penganiayaan. Pokok Duit-duit boleh ditanam secara hidroponik dengan mudah.

(petikan artikel ini dari http://fazlisyam.com/)

Monday, December 22, 2008

ROSEL


ROSEL

Assalamualaikum...

Kali ni ni kita berkenalan pula dengan pokok Rosel atau nama botaninya Hibiscus Sabdariffa L. Pokok Rosel ini juga dikenali dengan nama2 lain iaitu Asam paya, asam susur, asam kundang, roselle (Inggeris) dan sorrel. Pokok Rosel ini diketegorikan sebagai famili Malvaceae.

Sebagai pengenalannya Rosel banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang 2 m dengan dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Batang, dahan serta tangkainya berwarna merah. Daunnya pula berwarna hijau dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Bunga rosel keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur.

Khasiat serta kegunaanya ialah Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali.

untuk melihat gambar2 yg seterus nya jemput la ke Fotopages ct...
http://aimct08.fotopages.com/

Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDIL ADHAR


Assalamualaikum...
di kesempatan ini ct dan suami tercinta ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan "selamat hari raya aidil adhar"
semoga setiap pengorbanan yg kita lakukan adalah kerana ALLAH insya Allah...
namun di sebalik sambutan hari raya aidil adhar ini terselit cerita sedih yg ingin ct coretkan di cyber diaries ct ni...
di mana tahun 1991, ct telah berkesempatan menunaikan ibadah haji bersama2 mama dan nenek tercinta. namun takdir menetukan segalanya di mana nenek kesayangan ct telah kembali ke rahmatullah dan dimakamkan di madina al munawarah...
maka ct dan mama terpaksalah pulang ke malaysia berdua sahaja...
pada tahun 2002 pula sekali lagi ct berkesempatan menjejaki kaki ke tanah suci , kali ni ct ke sana dgn mama dan pak teh serta mak teh ct...
kali ni ct mengerjakan ibadah haji untuk arwah ayah tersayang...sebagai anak tiada apa yg dapat ct tunaikan melainkan ibadah haji untuk ayah...
walaupun ayah dan mama ct dah lama bercerai tapi ikatan antara anak dan ayah tak kan putus...jd ini la satu hadiah yg sangat2 berharga yg dapat ct hadiahkan untuk ayah tercinta...
insya Allah harapan ct satu hari nanti ct dapat menjejaki kaki sekali lagi ke tanah suci bersama insan tercinta iaitu suami ct Ibrahim Nordin...
semoga impian ini menjadi satu realiti ...AMIN...

Sunday, November 23, 2008

HAPPY 3RD ANNIVERSARY



hari ni tanggal 23 November genap la 3 tahun usia perkahwinan kami berdua...rasa macam mimpi pula dah 3 thn aku bergelar seorang isteri untuk suami yg ku cintai...


syukur alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan kami berdua ikatan cinta ini masih kuat seperti dulu...ini semua adalah berkat dari ketulusan cinta yg telah disemai oleh suami untuk aku yg kadang2 menguji kesabaran lelaki nya.


setelah bergelar isteri banyak yg aku pelajari, dari seorang yg tak tahu masak sehingga la yg mampu melakukannya, dari seorang yg kurang sabar menjadi lebih sabar dan masih dalam tempoh belajar...ini la dikatakan perubahan besar dalam hidup ku.


walau pun telah mengjangkau ke usia 3 tahun tapi kami berdua masih belajar untuk hidup bersama sebagai suami isteri yg ideal...malah rumahtangga kami masih belum diserikan dengan tangisan bayi...ini semua ujian dan dugaan untuk kami berdua...

tapi ada sebuah cerita manarik di sebalik hari pernikahan kami tu, dimana baju yg kami pakai tak sedondon warna nya hehehe, malah majlis kami yg berlansung pada 24 november telah diawalkan sehari oleh qadi dalam surat nikah kami berdua...banyak betul tarikh kami sebenar nya hehehe...

jd kami berdua telah mengambil keputusan untuk celebrate anniversary kami ni pada tanggal 14 januari thn depan sebab tarikh tu merupakan permulaan bagi kami menjalani kehidupan sebagai suami isteri yg sah...walau pun kami diijabkabul pada november 2005 tapi itu hanyalah di atas kertas hehehe...hakikat nya 14 januari 2006 merupakan tarikh kehidupan kami yg sebenarnya

ucapan untuk suamiku yg tercinta...

"terima la ayang seadanya dan bimbing la ayang sebaik nya"

PASTIKAN

LIHATLAH LANGIT DI ATAS SANA

TERSENYUM MELIHAT TINGKAH KITA

SELALU ADA

PERISTIWA YANG MEMBAWA PERTENGKARAN

MAKSUDKU HANYA INGIN YANG BAIK

UNTUK KITA BERDUA DALAM BERCINTA

BAIKNYA AKU BURUKNYA AKU

TERIMALAH AKU APA ADANYA

PASTIKAN KAU DENGAN AKU

JANGAN ADA CINTA LAIN

TAK PERNAH AKU TERLINTAS

NIATKU UNTUK BERPALING

MAAFKANLAH AKU SAYANG

BILA BELUM KAU BAHAGIA

SEJAUH LANGIT DI ATAS

KAN KU KEJAR BAHAGIAMU

BIAR LANGIT DAN BUMI MERUNTUH

BIAR JASAD KITA TERTIMBUN DI SANA

TETAP BERSAMA TAK INGIN LEPAS MENCINTAIMU KU JADI BEGINI



Tuesday, November 18, 2008

BUAH HATIKU


Assalamualaikum...salam sayang untuk mereka2 yg menyayangi ku...

kali ni ct nak kongsi cerita kisah anak2 kucing ku di rumah...nama dia org ni Boboy dan juga Gegirl...mereka ni anak kepada Chik iaitu kucing kesayang hubby ct yg telah diiport dari kampung hubby di Tasek Gelugor...

ct dan hubby bahasakan diri kami mama dan papa maklum la nak minta anak sendiri yg menyebut nya belum ada rezeki so tumpang la kasih sayang kucing jer hehehe...lagi pun kucing pun makhluk ALLAH juga malah merupakan haiwan kesayangan Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W...


Ct memang sayang sangat dgn boboy dan juga gegirl ni sebab terlalu bijak dan juga manja...tak pernah dia org ni nak meyusah kan ct ... kalau "membuang"pun kat toilet so kerja ct hanya curahkan air untuk alirkan najis dia org ni...pendek kata bijak la dia org ni..."kucing sekolah" hehehe


boboy dan gegirl ni juga penghibur hati ct di kala sunyi...maklum la kadang2 suami ct ada meeting sampai jauh malam so dua ekor buah hati ct ni la peneman setia "mama" dia org ni hehehe...


untuk boboy dan gegirl, walaupun kalian tak faham bahasa manusia, namun kalian adalah buah hati ct dan suami...terima kasih kerana memberi ruang untuk ct tersenyum dan ketawa...
insya Allah ct dan suami sentiasa berdoa untuk kami di kurniakan cahayamata yg sempurna dan comel...AMIN