Friday, January 9, 2009

SAHABAT KU TERSAYANG SALMAH


Assalamualaikum,

Kali ni ct nak cerita sikit tentang salmah dalam hidup ct, kami bersahabat sejak tahun 1998 lagi. Waktu tu kami sama2 mendaftar diri untuk penginapan Kolej di ITM (masa tu belum UiTM lagi tau). Tapi Salmah dapat Kolej Cempaka ct pula ditempatkan di Kolej Kenanga. Walaupun Kolej Cempaka Kenanga tu sebuah Kolej yg sama tapi jarak kami agak jauh la juga.

So selama 6 semester (3 tahun) kami banyak berkongsi suka duka bersama, gaduh pun pernah tapi gaduh2 manja gitu hehehe…banyak rahsia ct yg salmah tahu dan begitu juga la sebaliknya. Bak kata orang bila sal menangis ct pun menangis sama la…begitu akrabnya persahabatan kami.
Kalau diikutkan salmah adalah sumber kekuatan ct masa zaman di shah alam dulu. Ct ni penakut dan lemah sangat sampaikan kalau nak balik penang ct selalu bergantung harap pada sepupu ct yg sama belajar di UiTM, tapi sepupu ct tu senior setahun dari ct.

Tapi tu la kan sampai bila kita nak bergantung harap kat org walaupun sepupu kita sendiri kan, so salmah la yg banyak bagi peransang dan juga nasihat untuk ct belajar berdikari dan jadi seperti ct yg ada sekarang…Syukur Alhamdulillah, jasa salmah akan ct kenang sampai akhir hayat.

So di sini ct ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih ct untuk sahabat tersayang salmah, semoga persahabatan kita ini kekal abadi hingga ke hujung nyawa Insya Allah.

Baru2 ni ct telah ke Melaka, so ct pun membuat janji temu dengan sahabat tersayang salmah.Syukur Alhamdulillah apa yg ct impikan untuk bertemu dengan salmah akhir nya tercapai setelah menempuhi kesesakkan jalan raya dan pelbagai dugaan.

Terima kasih kepada suami ct yg tercinta kerana sentiasa berusaha memenuhi segala impian ct dan tak pernah menghalang segala kemahuan ct. Syukur kepada Allah kerana telah memberi sahabat2 yg sangat menyanyangi ct dan famili yg selalu menyokong ct. ini la anugerah yg paling berharga dalam hidup ct sebagai manusia kerana sentiasa dikelilingi oleh mereka yg sentiasa menyanyagi ku...syukur pada Mu TUHAN...

1 comment:

Big Mamma Bukhari said...

seronok kalau dpt kawan yg memahami kitakan ct.. rasa hidup tu sempurna dikelilingi org2 tersayang selain keluarga.. kawan/sahabat/rakan.. itulah yg bersama kita sehari2an.. t pun bertuah dpt kenal ct.. smoga kita akan kekal bersahabat walaupn di alam maya cuma.. insya allah... amin..
tq singgah di blog t..