Assalamulaikum,
pada tanggal 21 januari yang lepas aku telah menyambut ulangtahun kelahiran ku yang ke 31.
dah tua aku rupanya hehehe...
so ini serba sedikit kisah tentang aku yang bernama Hajah Siti Azlina binti Abdul Aziz...
Aku dilahirkan pada tanggal 21 Januari 1978 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur iaitu pada hari Sabtu jam tak ingat la pula hehehe tapi kalau menurut mama aku dilahirkan waktu pagi tak pasti la pula sebelum subuh ker atau selepas subuh, janji aku dilahirkan dengan sempurna dan sihat AMIN…
Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh mamaku, kira memang sempurna la hidup ku walau pun tanpa ayah di sisi (my parents divorce since I was 8 month). Apa yang aku nak insya Allah pasti dapat cuma kena banyak bersabar la kan hehehe.
Nenek dan aunty2 ku yang banyak membantu mama dalam menjadikan aku manusia seperti sekarang. Aku sayang sangat ngan arwah nenek, mak cik dan juga mak yah ku…dia orang la sumber kekuatan ku. Sepajang aku menjalani kehidupan sebagai manusia aku tak pernah rasa kekurangan, bagi ku semua nya cukup sebab arwah nenek banyak mengajar erti bersyukur, dan jika berkehendakkan apa2 aku mesti berusaha untuk mendapatkan nya. Aku diajar untuk tidak meminta-minta tapi mesti berusaha jika berkeinginan kan sesuatu.
Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor dari darjah satu sampai la darjah enam. Kemudian aku sambung ke Sekolah Abdullah Munshi dari tingkatan satu sampai la ke Tingkatan enam. Setelah itu aku ke ITM Shah Alam (masa tu belum UiTM lagi),tapi belum pun sempat satu semester ITM dah ditukar ke UiTM…detik2 bersejarah tu aku dapat raikan bersama dengan puluhan ribu pelajar UiTM yang lain gumbira betul time tu hehehe…Di UiTM aku belajar dari peringkat sarjana muda sampai la ke sarjana. Kalau ikutkan aku ni tak der la pandai mana kalau time exam pun cukup makan jer, Cuma ALLAH telah membuka peluang untuk aku menambah ilmu di dada, so dah ada peluang dan ruang aku pun rembat la hehehe…
P/S: SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI KU CT, SEMOGA APA YANG DIIMPIKAN BERADA DI GENGAMAN WALAUPUN DIRINTAGI CABARAN DAN HALANGAN…AKU BOLEH!
JUTAAN TERIMA KASIH UNTUK MAMA YANG TELAH MELAHIRKAN AKU DI DUNIA INI, TERIMA KASIH KEPADA ARWAH AYAH KU YG MEMBERI PELUANG UNTUK AKU MENCARI CINTA SEORANG AYAH, TERIMA KASIH UNTUK SAUDARA MARA KU YANG SELALU BERADA DI SAMPING KU DIWAKTU SUSAH DAN SENANG KU, TERIMA KASIH KEPADA SUAMI TERCINTA KERANA MENYINTAI DAN MENERIMAKU SEADANYA DAN JUTAAN TERIMA KASIH JUGA UNTUK SEMUA SAHABAT HANDAI YANG KARIB MAHUPUN YANG BARU…
CT SAYANG KALIAN SEMUA…
No comments:
Post a Comment