Wednesday, January 14, 2009
ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KETIGA(14 JANUARI)
Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah hari ini genap la tiga tahun usia perkahwinan ct dan suami tercinta. Walaupun pelbagai rintangan yang melanda namun berkat kesabaran dan ketabahan kami berdua, syukur semuanya dapat diatasi dengan baik.
Sepanjang tiga tahun kami melayar bahtera kehidupan sebagai suami isteri, banyak perkara yang kami belajar dari diri masing-masing. Kami lebih mengenal siapa diri kami sendiri dan siapa diri pasangan kami. Ini la dikatakan kehidupan berumahtangga sesungguhnya penuh dengan cinta,kasih dan sayang yg sentiasa perlu dibaja dan disiram dengan kepercayaan, keikhlasan dan juga kejujuran.
Walaupun kami telah bersama selama tiga tahun namun kami belum diberi rezeki untuk menimang cahayamata, mungkin belum diberi kepercayaan oleh Yang Maha Esa untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa lagi agak nya…namun kami berdua sentiasa berdoa dan berusaha untuk memilikinya satu hari nanti Insya Allah. Kata orang anak itu penyeri sesebuah rumahtangga…
Berbalik kepada kisah cinta kami, kami berdua mula berkenalan hujung tahun 2002, itu pun melalui kawan2. Kalau tak salah masa tu ct baru jer daftar masuk semula ke UiTM dan suami pula daftar ke UUM. Tapi sebelum tu kami sebenarnya sama2 bekerja di bawah satu banggunan iaitu KOMTAR, cuma yang memisahkan kami tingkatnya dan juga jabatannya. Masa tu ct dtempatkan di Jabatan Mufti tingkat 45 dan suami pula di tingkat 26 iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Tapi yg kelakarnya kami tak pernah berjumpa. Sampai la kami berdua dah berhenti untuk sambung pengajian masing2 baru la kami berdua bertemu iaitu pada tanggal 3 Mac 2003.
Selepas pertemuan kali pertama tu kami teruskan persahabatan tanpa sebarang perasaan cinta. Namun dah dikatakan jodoh rupanya perasaan cinta tu datang dengan sendiri nya, tak perlu dipaksa la kata orang tu hehehe
Sehingga la tahun 2004 bulan Mei kami mengikat tali pertunangan, dan hujung tahun 2005 bulan November kami diijabkabulkan sebagai suami isteri. Tapi kata orang nikah gantung dulu,14 Januari 2006 baru la kami disandingkan dan memulakan kehidupan sebagai suami isteri dengan sahnya, Syukur Alhamdulillah. Pada keesokkannya 15 Januari pula di rumah mertua bagi majlis menyambut menantu dan seminggu selepas tu pada 22 januari (sehari selepas hari lahir ct) kenduri di rumah nenek hubby yang kini dah pun kembali ke rahmatullah pada Disember tahun 2007. Ini la saat yang paling manis bagi kami berdua semoga ianya kekal dan terpahat hingga ke hujung nyawa kami Insya Allah.
Setelah selesai semua majlis kami berdua sempat tinggal sebumbung sebulan sahaja kerana pada bulan Mac 2006 ct telah menetap di KL atas tuntutan kerja, ini la dugaan yang paling menguji kesetiaan dan juga keikhlasan kami. Namun ct amat bersyukur kerana diberi seorang suami yang sangat2 mencintai dan mempercayai ct, segala cita2 dan kemahuan ct tak pernah dihalang dan ct amat terhutang kasih kepada suami kerana meninggalkannya demi mengejar cita2. Kini ct dah pun kembali ke pangkuan suami yang ct cintai dan akan terus bersama hingga ke hujung nyawa AMIN.
Maka dengan itu kami akan sambut anniversary kami berdua pada tanggal 14 Januari setiap tahun kerana bagi kami tarikh ini amat bermakna buat kami. So jom la layan gambar2 kenangan kami berdua yang masih menyemai cinta, menyulam kasih dan mengikat kesetian…layan….
P/s: lagu ini merupakan lagu tema cinta kami tahun sedari 2003
Aku Cintakan Mu
Aku cintakan mu
Dari jiwaDan menular sampai jauh
Ke dasar hatiku
Aku cintakan mu dengarkanlah
Degup jantung dalam dakapanmu
Teguh asmara di antara kita
Membuktikannya bukan mekar sementara
Tahun demi tahun akan mengujiku
Namun kasih kukuh bertakhta di hati
Pada ketika terlanjur kata
Jangan dibiarkan tersemat di hati
Ku cintakan mu
Sepenuh jiwa
Ku cintakan mu
Untuk selamanya
Hanya padamu aku curahkan
Tidak tersimpan walau sedikit pun
Teguh asmara di antara kita
Membuktikannya bukan mekar sementara
ziana zain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment