Thursday, January 15, 2009

SAMBUTAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KETIGA




Assalamualaikum,

Ok kali ni ct nak cerita serba sedikit bagaimana kami berdua menyambut hari ulangtahun ini secara bersederhana (tgh jimat cermat ni hehehe). Pada 13 Januari iaitu sehari sebelum tarikh ulangtahun perkahwinan kami ini hubby telah membeli sebiji kek perasa kopi memang sedap. So maknanya kek tu dah dipotong sehari sebelum sambutan la kan hehehe…tapi kami tak amik gambar la sebab masa tu acara pun tak rasmi dan sangat2 bersantai hehehe…

So pada hari yg sebetulnya, kami berdua pun membuat janji temu (ala-ala dating gitu) di Bandar Sunway. Seronok pula ct rasa sebab masa ct dok bersiap tu hubby belum balik dari office lagi, rasa macam nak gi dating ngan pak we la pula hahaha (memang la pak we hingga akhir hayat kan hehehe Insya Allah).

So tema kami blue colour. Saja jer pilih warna biru untuk ketenangan dan keharmonian. So kami pun decide untuk dinner di Restoren Rasamas jer. Jimat, cepat dan ringkas. So menu telah pun dipesan dan kami pun mula la acara berposing sambil bercerita tentang kisah cinta kami yg lepas2 hehehe memang ada yg tersenyum, sedih dan banyak nya ketawa la hahaha…

Lepas dinner acara biasa la kan shopping hehehe…hubby beli dua pasang baju linen ct pula cuci mata jer, bukan apa minggu depan dah birthday ct so kena la bersabar tunggu apa yg akan dapat SURPRISE!! Lagi pun kata orang bersabar itu membawa keberkatan dan keuntungan yang lebih belipat kali ganda.

2 comments:

Big Mamma Bukhari said...

semoga bunga2 cinta kalian terus segar mewangi untuk selamanya.. hingga ke akhir hayat.. ke akhir nyawa.. insya allah.. amin..

miesha said...

SALAM CT. SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE3, SAYA PUN BARU JUGA MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE3 PADA 22 DISEMBER YANG LEPAS. SIAP PI BUAT TEMUJANJI ALA2 DATING YER...SEMOGA CT BAHAGIA DISAMPING SUAMI TERCINTA