gambar suami ku dan chef zubir |
Tajuk aku hari ni sama tapi tak serupa. Kisahnya bermula macam ni. Semalam sewaktu kami tengah makan malam tiba suami ku bersuara, "Ayang tau tak, semalam masa kat masjid org tu kata kat abang, tak derkelas ker hari ni? Abang pun pelik la, so abang kata kelas apa, orang tu kata kelas masak..." heheheh...Lepas tu mai sorang lagi tanya "Encik tak sibuk ka hari ni?" Suami ku terus bercerita, lepas tu katanya..."Orang tu kata wajah abang mirip juri kat program Master Chef kat Astro" heheheeh...Patut la masa suami ku balik kerja semalam terus dia masuk ke bilik bacaan kami merangkap bilik tetamu hehehe...rupanya dia serve internet nak chek la wajah siapa yg dimaksudkan.
Lepas tu terus dia bagi tahu aku yg wajah dia mirip Chef Zubir. Bila aku tengok yer memang ada iras, tapi tak serupa. Satu jer yg sama iaitu masing2 mempunyai skill yg sama iaitu suka masak. Tiba2 aku teringat akan kata2 suami ku masa zaman kami bercintan-cintun lagi. Dia kata dia memang teringin nak jd Chef dulu2, tapi ayah tak bagi katanya. Ayah suruh dia amik bidang lain. Ooo...ada cita2 nak jd chef rupanya suami ku ni.
Tapi sebagai isteri aku akui suami ku memang terer bab2 masak, dan dia memang minat ke dapur. Kalau dia kata dia teringin nak makan seomething yg spesel dan dia tahu aku ni memang tak mampu nak buat, dengan sendiri nya dia yg akan masuk ke dapur untuk masak.
Kalau menu western tu serah jer la kat dia...aku ni selaku assistant chef menurut perintah jer la...:-) Apa pun aku harap satu hari nanti impian suami ku untuk memiliki sebuah restoren bakal terlaksana amin...:-)
4 comments:
caiyok.....caiyok.....ada gak irasnya...he he he....beruntung la....suami pandai masak....he he he...selalu org kata makan minum disediakan oleh air tangan isteri....pas ni leh tukar statement....air tangan suami...hu hu hu
tapi air tangan isteri di beri keutamaan juga sesekali jer baru suami tunjuk skill...:-)
mmg seakan2 rupa diorg ni, cuma your hubby lagi nmpak ceria brbanding Chef tu :)
hehehe..yer ker mas hubby i nampak ceria hehehe....macam tak caya jer sebab my hubby serius juga orgnya...:-)
Post a Comment