wajah pengantin baru |
Hari ni bertarikh 24 November 2011 hari Khamis maka genap la usia perkahwinan kami 6 thn. Ini kerana tanggal 24 November 2005 iaitu pada hari yg sama iaitu hari Khamis kami berdua telah diijabkabulkan dalam suasan hujan renyai2 di kediaman Tuan Qadi daerah Timur Laut iaitu Allahyarham Tuan Haji Daud.
Majlis kami sebenarnya banyak dugaan dan kontarversi...dah macam artis la pula. Ini semua akibat dendam kesumat yg tak pernah terlerai. Tapi Allah pasti akan pelihara kami yg membina masjid. Memang banyak tohmahan dan cacian yg kami terima, tapi itu lah yg menguatkan lagi semangat kami untuk terus mencari kebahagian sehingga sekarang.
Kami akad nikah pada hari Khamis tepat jam 2.30 petang iaitu lepas solat Zuhur. Kebetulan waktu tu arwah mama buat open house sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Kalau tak salah kami nikah masa hari Raya Puasa 6 macam tu la. Sebab Arwah mama memang buat puasa 6. So mama kata kita buat sekali la dengan open house. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun ada musibah yg berlaku.
Orang lain jadi pengantin senyum sampai ke telinga, tapi aku jadi pengantin berendam air mata. Alhamdulillah aku terluka di hari pernikahan ku, tapi aku bersyukur berkat kesabaran aku, mama dan suami kami mampu tersenyum lagi sehingga kini. Pegalaman pada hari tersebut tak akan aku lupa sampai akhir hayat ku. Aku mohon pada Allah supaya sepupu2 ku tak akan alami mimpi buruk seperti mana aku alami. Cukup lah aku saja yg tersiksa dan biarkan mereka berbahagia. Allah memberi ujian pada ku sebab Allah tahu aku, mama dan suami ku mampu menanganinya. Di sebalik kepahitan ada kemanisannya.
Aku memang tak tak suka dengan tarikh ni sebenarnya, tapi tahun ni, aku buang yg keruh aku amik yg jernih. apa yg terjadi aku jadikan azimat sebagai megukuhkan kekuatan ku.
Kalau korang nak tahu, dalam surat nikah kami tercatat tarik nikah ialah pada 23 November 2005 hehehe...kelakar la pula. Tapi hakikatnya 24 November. Lepas jer di akad nikah, kami tak dibenarkan berjumpa, arwah mama tak kisah pun, tapi ada pihak lain yg buat cerita konon aku ni nanti hilang seri. So kami pun tak jumpa, Dekat sebulan lebih juga la kami macam tu...jumpa pun setakat keluar makan. So pada 14 Januari 2006 baru la kami disandingkan dan lepas tu baru lah bermula fasa kehidupan kami berdua sebagai suami dan isteri.
Tapi itu pun setakat 3 minggu jer, lepas tu aku berhijrah ke KL untuk bekerja di sana sedangkan suami ku di Penang. 4 tahun juga la aku tinggal kan suami ku. Walaupun kami ni bernikah dah 6 thn tapi baru tinggal sebumbung 1 thn 11 bulan...Kami masih mengenali antara satu sama lain...insya Allah moga perkenalan ini akan terus di sirami cinta sehingga ke hujung nyawa kami amin...:-)
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat aku dan suami untuk ke - 6 Tahun...:-)
2 comments:
selamat ulang tahun sahabat....aku ada dimajlis nikah ko......anyway walaupun banyak dugaan yang ko tempoh...alhamdulillah....ko dah pun jadi isteri org....so aku dokan kalian bahagia hingga ke ahirat....dipermudahkan semua urusan dan ditambahkan rezeki dariNya..amin
TQ sahabat...hanya kau yg tahu situasi aku di saat itu...namun berkat kesabaran aku, im dan mama kami masih lagi bersama walaupun berjuta dugaan yg datang...alhamdulillah...masa kau pun akan tiba juga sal...:-)
Post a Comment