Thursday, November 10, 2011

HOBI YANG DAH LAMA KU TINGGALKAN

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku rasa macam tak sabar2 nak up date blog. Entah la kenapa aku rasa jari jemari aku ni rasa tak sabar nak petik papan kekunci ni. Rasa macam nak coretkan sesuatu yg sangat berharga hari ni.

Tiba2 hari aku terfikir untuk memulakan semula hobi ku yg dah lama aku tinggalkan sejak dari zaman tingkatan 6 lagi. Aku suka sangat buat catatan dan lepas tu aku akan gunakan semua catatan tu untuk dijadikan cerpen. Memang penuh buku latihan aku yg mempunyai 200 muka surat tu. Ada 2 buah buku catatan termasuk la koleksi sajak. Pendek kata aku memang suka menulis. Maklum la dulu mana ada komputer. Kalau nak beli pun mahal, tak mampu aku nak minta kat mama. Yer la kan mama sorang jer yg kerja, so kena la aku faham keadaan mama masa tu.

Tapi cita2 terkubur sejak buku koleksi cerpen dan sajak aku habis dimakan anai2. Memang sedih. Ini semua terjadi sewaktu aku masih belajar di UiTM lagi. Rumah yg aku sewa memang banyak dengan anai2. So habis baju aku, buku2 aku dimakan anai2. Memang tragis ...:-(

So, aku teruskan juga menulis, tapi hanya menulis diary iaitu catatan luahan perasaan aku jer. Tapi sejak ada blog ni aku lebih suka mengadap blog sehingga aku malas nak menulis.

Makanya hari ini, tiba2 aku rasa rindu nak menulis something untuk dibaca. Kalau boleh aku nak share apa yg aku tulis tu kepada umum. Bila aku letak kat status FB aku ramai yg menyokong hasrat aku untuk memulakan semula hobi yg dah lama terkubur ni.

Insya Allah, aku yakin dengan usaha dan sokongan kawan2 aku pasti dapat lakukannya...doakan aku yer...:-)

No comments: