Saturday, November 5, 2011

SALAM AIDIL ADHAR 2011

aimct
Assalamualaikum....

Apa khabar kawan2...rasa lama juga aku tak up date blog...So hari ni aku berkesempatan meluangkan masa untuk mengupdate apa yg patut. Maka di kesempatan ini aku dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidil Adhar buat semua rakan2 bloger sekalian...dengan ucapan selamat menjalani ibadah korban dan juga selamat menunaikan ibadah haji kepada mereka yg sedang mengerjakan haji...semoga pulang dengan haji yg mambrur..insya Allah...

Bila datangnya hari raya aku merasa sangat takut...takut kerana aku akan menitis air mata mengenangkan arwah bonda ku. Hari ni aku pergi amik batu nisan yg akan dipasang di pusara bonda ku. Bila tengok batu nisan tu aku rasa sayu sangat...Apatah lagi esok kita semua nak sambut hari raya. Lagi hati aku bertambah pilu.

Tahun ni merupakan tahun pertama aku menyambut hari raya haji tanpa bonda di sisi. Tahun lepas aku sambut di rumah tapi dalam keadaan serba ringkas. Aku tak pakai baju raya pun, solat raya pun tak pergi. Sebab waktu tu aku sentiasa menjaga mama di rumah. Mama masa tu dah koma dan baru lepas menjalani semua terapi di hospital. Aku bersyukur sangat sebab walaupun mama dalam keadaan koma tapi aku masih mampu menatap wajahnya, kini, tahun ni aku dah tak mampu menatap wajah mama, hanya pusara sebagai ganti...

Ya Allah Engkau tempatkan la bonda ku di kalangan orang2 yg beriman, tempatkan la arwah di syurga Mu Ya Allah...doa ku sentiasa mengeringi bonda..."Mama, I miss U so much..."Allahuakbar....

No comments: