Sunday, November 27, 2011

HADIAH DARI YG TERSAYANG

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Alahai hari ni lambat pula aku mengupdate blog aku yg comeii ni. Mana taknya pagi2 aku dah sibuk melayan tetamu yg datang bertandang ke rumah ku, iaitu Mak Yah dan Mak Su serta sepupu kecik ku Shariman atau nama manjanya Iman.

Lepas tu tengah hari aku sibuk layan2 cats ku makan. Bila dah petang tiba2 Cik Abang ajak pi ronda pusing Butterworth katanya hehehehe...Aduhai bila Mr. Hubby aku buat ajakan macam tu jgn sesekali di tolak yer, sebab itu dah jadi menderhaka tau hehehe...arahan di terima :-) iyer la tu kan...

So lepas solat Asar aku pun bersiap2 la nak gi meronda sekitar Butterworth hehehe...mula2 kami ker kedai Bundle di Permatang Pauh. Itu lokasi wajib setiap bulan yer..kalau tak pergi ada yg meroyan nanti hahahahaha..... Tapi yg syoknya bukan Mr. Hubby aku yg menyopping tapi aku pula yg lebih2 menyopping...yg syoknya bayaran ditanggug halal...:-) Cik Abang la yg bayar hehehe....

So lepas tu kami ke Pasaraya Billion nak beli stok sabun. Bukan apa rasanya kat pasaraya tu harga barang2 keperluan ni berpatutan...kita kena la jadi pengguna yg bijak kan :-).

Lepas tu kami singgah pula ke Restoren Nasi Kandar Makbul. Entah lah dah 4 kali kami makan kat sini. Yang bestnya kalau kami pergi mesti ke tempat duduk yg sama...Macam dah tertulis ada nama kami kat kerusi tu hehehehe...Aku layan nasi kandar kuah taruh atas yer hahaha..Hubby pula nasi goreng ayam.

Dah menjamu selera, kami ke Billion semula sebab Hubby nak beli majerin katanya. So bila masuk semula tiba2 dia gi belek2 handbang yg banyak kat situ. Alih2 di ambilnya satu lalu di tanya kat jurujual tu. Memang ada offer pun uolsss...aku ni buat2 tak kisah sebab malas la pula nak beli2 ni semua. Lagi pun yg lama masih boleh digunakan. Tiba2 aku tengok terus Hubby keluarkan duit kepada jurujual dan makanya aku dapat handbang baru la Uollss hehehehe....TQ so much sayang...sesekali bila Hubby buat suprise yg romantik memang terharu beb...:-). Oh yer kalau korang nak tahu, apa yg suami aku hadiahkan so far mesti kena dengan taste aku juga hehehehe...ini betul2 sehati dan sejiwa :-)

Mahal atau murah bukan ukuran, tapi erti sebuah kasih sayang yang ditunjukkan oleh suami ku benar2 menyentuh hati kecil ku ini. So malam ni aku akan terus tersenyum, walaupun Malaysia kalah 2 - 3 dengan Bahrain aku tak kisah. Sebab aku tetap sayang kan negara ku Malaysia...dan aku tetap cintakan suami ku Ibrahim Nordin..."Ayang LOVE Sayang" :-)

No comments: