skuad harimau muda |
Hari ni aku nak citer tentang semalam di mana Malaysia menang 4 - 3 melalui sepakan penalti dengan Indonesia. Setelah mereka bermati-matian di tengah padang selama 120 minit dengan terikat 1 sama, maka dengan satu sepakan penalti oleh Badrool telah melayakkan Malaysia untuk membawa pulang pingat emas yg paling panas di Sukan Sea yg ke 26 ini. Perlawanan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno. Dengan kehadiran lebih kurang 100 000 orang penonton dari Indonesia, sedikit pun tidak mematahkan semangat Harimau Muda ini untuk beraksi di Stadium yg serba gah ini. Syabas buat Skuad Harimau Muda...:-)
Macam baca ulasan berita la pula aku ni hehehehe....Tapi kan kalau korang nak tahu aku dan suami bukan la suka sangat dengan sukan bolasepak ni semua. Tapi setiap kali Malaysia yg beraksi kami pasti tak akan melepaskan peluang, dua2 TV kat rumah ni akan terpasang. Suami aku yg setia dengan Channel RTM iaitu Channel 1 aku pula setia denga Media Prima hehehe TV3 la kan...pasti riuh dengan bunyi bising kat dalam rumah kami sambil ditemani cats kami yg 11 ekor itu.
So semalam, lepas solat Maghrib dan Isyak aku dah pun membuat kerja rutin iaitu ion baju suami ku, alahai tak tenteram tu asyik dok dengar bunyi bising kat ruang tamu rumah aku ni...Suami aku macam biasa anak dara kan bertapa dalam bilik dengan TV1nya tu. Kejap2 aku lari keluar, sebab ion board tu kat dalam bilik tamu huhuhuhu....last sekali aku tutup ion tu, terus betapa kat ruang tamu...memang patut la aku ni tak suka sukan....bukan apa bila tengok dia orang main aku yg terlebih emosi hehehehe...kaki aku ni asyik menendang ke kiri, ke kanan hahahaha...dah kalah budak2 tu ha :-)
Secara peribadinya aku ni tak der la tahu sangat hal bola sepak ni semua kan. Tapi dari sudut pandangan aku memang banyak peluang Malaysia ada semalam untuk berentap, tapi peluang tu macam dibiarkan saja. betul kata pengulasnya Abu Bakar Atan, pemain Malaysia kebanyakkan dah penat. Itu memang tak dapat dinafikan. Tentang pengadil pun aku rasa ok, sebab dia tak berat sebelah sangat adil dan saksama. Cuma yg aku geram tu pemain Indonesia, sikit2 jatuh...alahai bila dah jatuh dapat la sepakan percuma. Bila setiap kali sepakan percuma perut aku yg kecut hehehehe....
Tapi apa pun aku rasa amat berbangga dengan penjaga gol kita iaitu Apeq tau Khairul Fahmi Che Mat. Memang tangkas dan sangat tajam matanya. Dia dapat mengagak startegi lawan...Pujian harus diberi kepadanya.
So, sebagai rakyat Malaysia aku sangat2 berbangga sebab sukan mampu menyatupadukan kita semua. Walau apa pun fahaman politik kita, walau apa pun agama bangsa kita tapi ia mampu menyatupadukan kita sebagai rakyat 1 Malaysia...Syabas Harimau Muda, Syabas Malaysia dan MALAYSIA BOLEH :-)
No comments:
Post a Comment