Tuesday, March 29, 2011

AKU KURANG SIHAT


Oh tidak aku telah dilanda demam huhuhu....Dah la suami ku jauh kat Sungai Petani (sebenar nya tak der jauh mana pun huhuhu...) Aku pula tiba2 dilanda demam...Adakah ini demam rindu :-)....

Semalam memang aku betul2 tak sihat. Aku tak der mood lansung nak cakap dengan orang. Adik ipar ku ada kat rumah ni temankan aku. Tapi tu la aku ni yg selalu nya petah berkata2 tiba2 jadi pendiam. Adik ipar ku pun dah risau. Dia tanya sama ada aku nak ke klinik ke tak...Bukan nya aku tak nak pergi masalah nya hujan kat luar tu...Nanti bukan nya akan bertambah baik malah akan lebih memudaratkan...:-(

Petang semalam, selepas adik ipar ku pulang dari USM Penang, aku minta kebenaran untuk masuk bilik dan rehat kan diri. Dia pun rasa pelik melihat keadaan aku...Masuk dalam bilik aku terus amik 'ccol feaver' dan lekat kan di kepala ku...terus aku berselimut...Aku tertidur sampai la kat pukul 7 malam. Tiba2 ada deringan talipon .. alamak suami ku la pula...sebelum tu dia ada hantar message tapi kan aku tertidur aku tak sempat la nak jawap message nya :-(....

Erm...macam mana nak jawap ni, aku tak boleh bagi suami ku risau kan aku...tapi aku ni kan jenis manusia bendul (kadang2 jer hahaha...)aku tercakap yg aku tidur. Suami ku tahu aku ni bukan jenis manusia yang suka tidur siang. Dia bertanya sekali lagi untuk kepastian. Kali ni aku jawap kata aku tgh layan novel sambil berehat hehehe...menipu la pula...bukan apa aku tak nak dia risau2 kan aku. Lagipun dia sedang berkursus. Biarlah dia berkursus kat sana dengan tenang...:-)

Bila malam menjelma keadaan aku bertambah buruk. Kepala ku sangat berat dan lampu yg berwarna putih ku nampak dah tukar warna jadi kuning...(ini la masalah nya bila ada migrain..). Namun aku gagahkan juga untuk bangun dan mengemop lantai dan memberi makan kepada kucing2 kesayangan kami. Dan yg best nya siap sempat lipat baju semua hahahaha...dah nama pun housewife, kerja rumah mesti di dahulukan walaupun kita tengah sakit hahahaha....

Dalam pukul 8 malam, aku dah tak tahan sewaktu aku nak amik wuduk untuk solat maghrib, aku muntah habis apa yg aku makan tengah hari tadi...huhuhu....:-(. Dekat 20 minit aku dalam bilik air. Lepas tu baru aku rasa sedikit lega...tapi masalah nya perut aku dah kosong dan aku tak boleh bau sebarang makanan...:-(.


Lepas aku dah muntah kan semua tadi, aku rasa sedikit ok. So selepas aku solat isyak, aku terus amik sedikit air milo 'o' dan terus telan 2 biji panadol. Kemudian aku terus ke kamar untuk beradu. Siap dengan stokin dan juga baju sejuk ku huhuhu.....:-)

Pagi ni (29 Mac 2011) aku sedikit ok. Dan insya Allah akan bertambah ok...insya Allah...doakan aku yer kawan2....TQ :-).

4 comments:

Kak Aini said...

ct..harap sihat sepenuhnya nanti...

Azueriena said...

wahhh semangat utk melawan sakit tu k.azue suker....yg penting...kena makan something dulu sebelum amek ubat...kalau x...muntah tu lerr...angin sudaa masuk...

semoga cepat sembuh yerkk ct...

SayangSal said...

wa...bagus sahabat ku...dalm sakit leh karang cerita ceriti lagi....semoga cepat sembuh....sabar yer...tak lama lagi balik la si im tue....he he he

Cheritera Kami said...

get well soon yer CT