Friday, March 11, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA



Assalamualaikum,

Semalam (10 Mac2011) aku dan hubby menghabiskan masa gi dating hehehe...
Tak der la dating mana pun, kami dah lama tak tengok wayang, so kami decide untuk tengok citer epik purba yang termahal iaitu "Hikayat Merong Mahawangsa". Not bad, ok hasil anak malaysia yang boleh dibanggakan. Hero pun handsome...perkasa dan jalan cerita yang tak meleret. Kira ok...dari lima bintang aku bagi empat setengah bintang...Not bad kan...:-)

SINOPSIS


Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Merong_Mahawangsa_%28filem%29

So jom kawan2 kita serang panggung sekarang ... layannnn.....:-)

No comments: