Thursday, March 10, 2011

SEPI SEKUNTUM MAWAR PUTIH



Sepi...aku kini kesepian...

Orang mungkin nampak aku gembira dengan hidup ku, namu hakikatnya aku sangat-sangat sepi...Hidup ku kosong tiada berpenghuni, hidup ku ibarat bunga mawar putih yg tidak berwarna lagi...

Kehilangan orang yang paling rapat dengan kita memang sukar untuk kita menghadapinya...Sekuat mana pun kita pasti ada kelemahan nya juga...Aku bukan la seorang perempuan yang kuat dari segi mental dan fizikal. Aku seorang manusia yang sangat-sangat lemah. Namun aku gagah kan juga perjalanan hidup ku demi mereka yang masih menagih perhatian dari ku.

Untuk menjadi seorang yang tabah ia memerlukan keimanan yang kukuh. Aku bukan la manusia seperti itu. Iman ku juga rapuh dan jiwa ku juga tidak sekuat yang di sangka. Namun aku tetap juga berdiri di sini untuk berjuang melalui liku-liku kehidupan ini dengan rasa gembira. Kadang kala ku tanya pada diri ku...'apakah kegembiraan ini satu kegembiraan yang jujur..' ku terus bertanya dan bertanya, namun tiada juga jawapan yang  ku perolehinya.


Sepi sekuntum mawar putih,

Kenapa diriku letak tajuk seperti ini? Kerana arwah bonda ku sangat suka kan bunga mawar yang berwarna putih. Kata bonda mawar putih lambang kesucian cinta mama terhadap anak nya iaitu aku...Oh Tuhan aku sangat-sangat merindui bonda ku...tempat kan lah bonda ku di syurga Mu, Ya Allah...

Kalau la bonda ku masih ada, akan ku jaga bonda selama-lamanya...Walaupun aku sepi kerana kehilangan bonda namun di hati nama bonda masih tersemat dengan rapi. Insya Allah mawar putih ini tidak akan sepi lagi...kerana walau pun bonda hilang di alam nyata di syurga jua kita bertemu semula...Insya Allah...Bonda, nanti kan kedatangan anak mu ini...
wassalam....

No comments: