Tuesday, March 22, 2011

cAhaYa Cinta



Assalamualaikum...

Dah dua hari rasa nya aku tak update blog aku ni...tiba2 hari ni aku teringat lagu yang menjadi siulan ku di waktu aku masih berada berjauhan dari suami tercinta...Lagu ini sentiasa membuat kan aku rindu sangat dengan suami ku...Tiga tahun tinggal berasingan banyak mengajar aku tentang erti cinta yang sebenar nya...

Walau pun usia perkahwinan kami dah masuk 5 tahun, tapi baru 1 tahun lebih kami tinggal sebumbung dan serumah. Aku masih ingat selepas berkahwin (14 Januari 2006) kami hanya sempat tinggal sebumbung tak sampai pun 3 minggu. Tiba2 aku dapat kerja di KL. Kata arwah bonda ini la rezeki selepas kawin. Masa tu memang aku berbelah bagi nak pergi ke tak...

Tapi waktu tu keadaan sangat genting dan aku memerlukan ruang untuk lari dari segalanya...bukan lari dari suami tapi dari sesuatu yang sangat mengoreskan hati kecil ku...Aku tak bertanya pun pendapat suami tentang keinginan ku untuk bekerja di KL. Tapi suami ku sangat memahami akan keinginan ku ini...Dia mengizinkan aku ke sana dengan syarat aku bawa arwah bonda bersama2 ku.

Di tahu pertama aku di KL aku lansung tak fikir nak balik ke Penang semula...Aku asyik dengan kerja ku. Hingga aku lupa yang aku dah bersuami. Dan bila suami aku talipon baru aku sedar yang aku dah berumah tangga dan bergelar Puan.

Diam tak diam dah 3 tahun aku di KL. Tiba2 satu hari aku merasa sangat2 sunyi, dan waktu itu aku hanya fikirkan suami ku. Aku tahu suami ku tak boleh datang dan tinggal dengan ku di KL. Sebab dia masih banyak tanngungjawab di kampung. Suami ku bukan orang biasa...dia nak jadi orang yang luar biasa :-)

Akhirnya aku mengambil keputusan berhenti kerja lalu mengikut suami ku pulang ke kampung kami di Penang. Pelbagai dugaan datang melanda...kalau ikutkan kepala otak aku ni mahu kami dah berpisah...Tapi suami ku mempunyai tahap kesabaran yang sangat2 tinggi. Hinggakan aku kalah dengan kesabaran nya untuk terus memujuk ku...

Tahun lepas 2010 sekali lagi kami terpisah. Aku pulang ke kampung untuk menjaga bonda yang sedang sakit. Suami ku memberi sepenuh ruang untuk aku bersama arwah bonda. Hingga kan aku tak fikir lansung soal hati dan perasaan suami ku. Makan minum nya aku abaikan...Masa ku betul2 dikhususkan untuk arwah bonda.

Namun sedikit pun aku tak pernah dengar keluhan yang keluar dari bibir suami ku...kalau aku dah mula la complaint itu tak kena ini tak kena kadang2 kalau suami ku tak senyum pun aku dah nak marah...betapa naif nya aku menilai erti cinta dari suamiku...

Pagi ni bila aku terdengar semula petikan lagu "cahaya cinta", hati ku tercuit untuk dedikasi kan nya buat suami tercinta...

Kepada rakan2 blog ku sekalian, hargai la cinta yang sedia ada dan terus bajai nya dengan kasih dan sayang dan jangan sesekali lupa sirami dengan rasa ikhlas dan penuh kejujuran...

Jangan kita mengharap sesuatu yang belum pasti tapi kita mesti menjaga sesuatu yang kini berada di samping kita...sayangi pasangan anda seperti mana dia menyanyagi anda...

I LOVE U SAYANG...:-)

No comments: