Aloha,
Cerita untuk semingu semua nya tentang makan hahahaha....nampak sangat aku ni memang kuat makan kan :-). Nak buat macam mana dah nama pun manusia, kalau tak makan tak hidup la pula. Sesekali kalau dapat makan makanan yang sedap2 orait juga tu.
Hari Ahad lepas 20 Mac kalau tak salah kami suami isteri konon nya nak pergi breakfast kat McD. Maklum la katanya ada offer. Tapi bila sampai sana masya Allah punya la ramai umat. Maka terbantut la impian kami untuk bersarapan pagi kat sana.
So dengan wajah yang agak sayu (sayu ker...) kami ke Restoren Kassim Mustafa apa lagi pekena teh tarik dan juga roti telur sorang sebiji. Haaa...lega kenyang pun. Dah alang2 ada kat Sunway Carnival jom singgah cuci mata apa yg patut kat dalam sana. So kami pun shopping la serba sedikit...hehehe...tak nak tunjuk la gambar shopping tu malu la pula ...sebenar nya tak amik gambar pun hahaha....
So kami pun masuk la kat Giant dan beli dua biji kek coklat, satu untuk adik ipar ku Mastura Nordin dan lagi satu untuk ayah mertuaku Encik Nordin. Yer la masa dia orang buat makan2 sempena birthday ayah dan adik ipar ku kami berdua tak dapat hadir. So kami buat suprise la kat depa pula hahaha....(keluaq dah bahasa utara...)
Kami ke rumah adik ipar ku dulu, makan punya makan lepas tu balik singgah pula ke rumah ayah mertua ku. Tapi ayah tak der dia pergi dialisis kat Kulim.
So masa on the way nak balik ke rumah kami tu hubby ku teringin pula nak makan laksa. So kami pun berhenti sekejap untuk makan laksa sotong.
Ini la rupany laksa sotong tu...memang sedap. Tapi kepada yang mempunyai penyakit resdung ni kira ubat yang paling mujarab hahaha....
Dengan bangga nya aku juga order ais kacang...memang manis, memang berlemak. Pendek kata semua nya cukup la :-)
Ini cerita hari Isnin pula. Tiba2 tekak rasa nak makan mushroom sup. So apa lagi aku pun gi masak la. Tapi sayang seribu kali sayang, kerana terlalu kenyang, aku makan tak habis pun...membazir jer tau :-(
Hari rabu lepas 23 Mac 2011. Masa tu baru lepas tengok wayang citer Rango, tiba2 perut rasa lapar la pula. So kami singgah ke Kassim Mustafa dan apa lagi yum..yum.. la. Aku pilih Maggie goreng dan teh tarik...sedap juga te tarik yer...maklum la jarang minum teh tarik ni. Hubby pula roti telur ngan teh tarik. Lepas makan terus kami balik rumah dan tidur. Itu la nama nya cara membesar kan badan hahaha....
Cantik tak? comel kan... tart ni hubby beli semalam kat MapleLeaf bakery and Cafe. Rasa sayang pula nak makan hehehe...tapi apa pun dah masuk pun dalam perut aku pagi tadi sebagai sarapan pagi ku.
Menu tengah hari ku sangat simple iaitu sup ayam. Aku masa mengikut cara resepi dari ibu mertua ku. Sangat senang, amik bawang putih, bawang merah yg besar tu dan sedikit halia. Bland dengan sedikit air sehingga sebati kemudian rebus jer la...lepas tu campak jer ayam, ubi,carrot dan juga batang saderi. Lepas menididih ia sedia untuk di hidangkan.
Kemudian aku tambah lagi satu menu iaitu sausage goreng bersos. Ini resepi aku sendiri hehehe...hebat juga kan ada resepi sendiri. Tapi tu la resepi yg campak mencampak jer la...cuma masukkan sos cili dan sedikit kicap masin...so siap terhidang.
Untuk entri kali ni semua nya berkaitan dengan menu makanan. So kepada sesiapa yang lapar setelah melihat gambar2 dari blog ku cepat2 pergi cari makan yer...Adios!
No comments:
Post a Comment