Tuesday, March 22, 2011

FILEM SEPI


Kenapa SEPI, kenapa aku memilih filem SEPI, ada apa dengan SEPI, apakah SEPI itu indah? benarkah SEPI itu satu kebenaran? SEPI...dan itu la SEPI...

Aku sengaja memilih filem ini kerana tajuk nya begitu sinonim dengan diri ku...aku suka dengan jalan cerita nya, aku suka dengan para pelakonnya (of course la...) dan aku suka dengan lagu temanya...(anuar zain lagi tu...)

Jom tengok sedikit sinopsis nya:-

Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti cinta, kehilangan dan kesepian. Adam (Afdlin Shauki), seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan terbaik sekali untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang pemilik kilang kasut bernama Sufi (Tony Eusoff) yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Akhir sekali Imaan (Baizura Kahar) seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka berkait di dalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.


Dalam filem Sepi ni banyak elemen kasih sayang dan cinta antara manusia pada masa kini. Tak semua cinta yang kita idamkan atau kita dambakan akan menjadi milik kita, dan ada kala cinta yang kita bina atas dasar cinta pada mula nya akan roboh begitu saja.

Sepi mempaparkan kisah hidup manusia yang sebenar nya. Cinta tak boleh dipaksa tapi ia akan datang dengan sendiri nya. Sebagai manusia kita pasti akan tersentuh bila melihat ada seseorang yang sanggup bersusah demi mendapatkan cinta dari kita. Atas dasar simpati maka lahir nya cinta yang sejati.


Adakala sepi itu datang dengan sendiri dengan tanpa kesedaran kita. Dalam sesebuah perkahwinan anak adalah pengikat kasih dan sayang. Namun tak semua manusia itu beruntung dan memiliki apa yang dia idamkan. Bertahun-tahun mendirikan mahligai cinta namun masih sepi kerana tiada tangisan bayi. Ini semua dugaan dari Yang Maha Esa jua...Sebagai hamba nya kita mesti akur dan redha dengan sepenuh hati...

Tapi kadangkala hati kita yang rapuh ini tergugat juga dengan kehadiran insan yang mampu memberi nafas baru dalam hidup kita. Namun jangan sesekali kita menyerah kalah, bangkit dan lawan rasa pahit itu kerana insan yg baru belum tentu dapat menerima kelemahan kita seperti mana insan yang lama bersama kita.


"Bisikku pada bulan, kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku. Tanpa dia malam menemaniku,sepi memelukku. Bulan jangan biar siang, biar alam ini kelam, biar ia sepi seperti ku"

Kita tidak boleh tunduk dengan keadaan yang menimpa kita, kita mesti bangkit mengorak langkah agar ia terus menjauhi kita. Sepi itu hanya sementara, sepi itu datang hanya seketika...namun memang di wajah kita ceria namun di hati kita tetap SEPI...

No comments: