Saturday, March 12, 2011
ADA-ADA SAJA
Assalamualaikum,
Ceritera hari ni bertajuk 'ada-ada saja'...kenapa tajuknya berbunyi macam tu? Sebelum tu aku nak senyum meleret dulu maklum la hari ni dapat pujian dari orang yang aku pun tak kenal. Macam ni ceritanya...
Petang tadi waktu aku tengah layan Fb tiba-tiba ada orang sapa aku. Bagi salam pun tidak terus di katakan aku ni cantik ... mak aii buta ke apa orang tu yer...aku ni selalu tak pernah la orang kata cantik tiba-tiba boleh pula dapat pujian tu...
Lalu aku pun balas la, aku kata terima kasih (dah orang puji kita kan kena la berterima kasih) dan aku kata lagi dah tua pun cantik kat mana la tu yer??? sambil ketawa aku menaip :-)
Katanya wajah aku macam budak sekolah hahahahaha...lagi la aku ketawa besar ... dah tua bangka macam ni dikatakan budak sekolah masya Allah...
Lalu aku pun jawap la mungkin aku selalu pergi sekolah kut, sebab tu la aku macam budak sekolah. Bila aku minta dia bagi tahu umur. Kata nya umur aku 23 tahun...ketawa berdekah-dekah aku kat depan pc ni...(nasib baik kat rumah kalau kat cyber cafe mahu dah kena halau...)
Aku kata 'hish muda sangat tu apa kata awak terbalikkan dan tambah lagi setahun' hehehehe...ala dah 33 tahun la makna nya tu kan...
Dia masih tak percaya...nak buat macam mana tak kan aku nak scan I/C aku pula kat dia kan...So hari ni aku happy la walau pun umur aku dah 33 tahun tapi masih macam budak sekolah hehehe....
Sebenarnya atau realiti nya orang tu cuma tengok gambar cuba kalau jumpa betul2 mahu dia lari...Yer la kan dah nampak ketuaan ku ini hahahaha...:-)
Apa pun muda ker tua ker, aku tak kisah janji aku sihat dan happy di samping suami tercinta...:-) Kepada yang memuji ku tadi terima kasih di atas pujian dan kepekaan anda...hanya Allah yang balas jasa baik anda memuji saya .... adios!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment