Friday, March 11, 2011
NALURI KU
Setiap manusia ingin kan kebahagian yang berkekalan, setiap manusia ingin kan kesejahteraan hidup yang berpanjangan dan setiap manusia ingin kan keharmonian hidup untuk selamanya...
Setiap pasangan yang berkahwin tentu ingin kan cahayamata. Ini kerana cahayamata merupakan satu ikatan kasih yang kekal abadi. Begitu juga aku dan suami, teringin kan cahayamata kami sendiri. Namun kami hanya manusia biasa, yang mampu merancang namun tak mampu untuk menentukan nya.
Anak adalah satu anugerah yang sangat bernilai untuk kedua ibu bapa. Ia juga satu amanah yang mesti di pikul oleh keduanya. Jangan sesekali kita menidakkan amanah yang telah di beri. Anak juga adalah rezeki untuk kedua pasangan suami dan isteri. Anak lahir dari rasa cinta antara keduanya. Namun masih ada yang lupa akan erti sebuah tanggung jawab.
Bagi ku anak merupakan lambang cinta antara suami dan isteri. Anak juga ikatan cinta antara keduanya. Anak adalah rezeki dari Yang Maha Esa. Namun apa kan daya impian ku masih belum tercapai.
Mengapa masih ada yang bersikap binatang? Mengapa masih ada yang bodoh dalam menilai erti cinta dan satu tanggung jawab? Mengapa masih ada manusia yang bertopengkan syaitan?
Sudah di beri tanggung jawab tapi di buang pula. Kadangkala aku bertanya kepada suami, 'mengapa mereka yang berbuat maksiat senang pula dapat baby, kita ni yang dah berkahwin tak pula di beri oleh Nya?'
Mudah jer jawapan dari suami ku, 'Allah nak malukan dan memberi keinsafan kepada mereka yang berbuat maksiat dengan memudahkan rezeki mereka untuk mendapat zuriat dan kita kenapa masih belum memiliki nya juga senang kerana Allah ingin menguji tahap kesabaran kita sebagai umat Nya'. Aku terdiam dan aku sedar yang diri ku masih jahil dalam ilmu agama.
Ya, memang aku dan suami belum di beri amanah untuk menjadi ibu dan ayah. Namun itu tak bermakna kami tak mampu untuk memilikinya. Kadang kala aku jadi pelik bila ada suara-suara sumbang yang bertanya kepada ku dan suami mengapa kami belum di beri zuriat...pelik kan...bukan ke jawapan nya ada pada Yang Maha Esa...siapa la kami untuk menjawap sesuatu ketentuan yang belum pasti menjadi milik kami.
Kadang kala ada juga yang bertanya 'korang ni tak nak anak ker?' Pedih hati ku mendengarnya. Naluri ku rasa terseksa sangat dengan pertanyaan yang berunsur tohmahan...
Kini aku sedar, aku terima qada dan qadar dari Yang Satu...Dah belum rezeki kami apa boleh kami buat. Yang utamanya kami akan terus berusaha dan berikhtiar untuk memilikinya juga satu hari kelak. Insya Allah berkat kesabaran, berkat usaha dan tawakal, pasti ianya akan menjadi satu realiti...
Ya Allah tunaikan la hajat kami suami isteri untuk memikul tangguang jawab sebagai ibu dan ayah kepada zuriat kami kelak. Jadikan lah kami ibu dan ayah yang bertanggung jawab membesar serta memberi didikan agama yang sebaik nya untuk zuriat kami kelak. Ya Allah, jika kami di pilih untuk tidak memiliki zuriat kami redha kerana itu kehendak Mu. Aku pasrah dalam kesyahduan...wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment