Tuesday, March 8, 2011
GEMILANG TV3
Aloha,
Rasanya ramai yg menonton drama bersiri "Gemilang" kat TV3 kan...setiap hari Isnin jam 9.00 malam. Aku pun tak lepaskan peluang untuk menonton drama bersiri ni, maklum la ada Tiz Zaqyah...Aku minat Tiz dari Tiz belakon drama Nur Kasih...memang berkenan habis la dengan lakonan dia tu...so apa pun jom kita tengok sinopsis drama "Gemilang" ni dulu yer :-
1977 Sekolah swasta yang pertama di pedalaman yang diusahakan oleh seorang anak muda yang berwawasan. Matlamatnya mudah – untuk mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran – tapi perjalanannya masih belum pasti.
Saifullah membuka Institut Gemilang supaya dia boleh memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolahnya.
Dia tahu dia mampu untuk mengubah hidup pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripda mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri.
Saifullah, Umar, Asma dan Ruhana adalah guru-guru yang pertama di sekolah itu di mana mereka akan bekerja sebaik mungkin untuk masa depan pelajar-pelajar mereka. Konflik, permusuhan, cinta dan benci akan hadir antara cikgu-cikgu ini.
Cerita ini kadangkala lucu, kadangkala menyentuh hati tetapi sentiasa memberi inspirasi.
So apa lagi jom sama2 kita tunggu episod seterusnya dalam drama bersiri "Gemilang" setiap hari Isnin jam 9.00 malam hanya di TV3...layan...:-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment