Wednesday, March 2, 2011

HOBI KU LAGI

Assalamualaikum,

Hari ni ct nak cerita tentang hobi ct yang seterusnya...(macam la banyak sangat hobi aku ni hehehehe...) Hobi ni bermula dari tahun 1996 iaitu masa aku di tingkatan 6 rendah. Apa  lagi kalau dah gambar diari dah tentu la hobi nya menulis diari kan...Aku tak sangka yang sekarang ni koleksi diari aku dah bertambah. Entah apa yang aku celotehkan dalam diari ni pun aku tak tahu...Tapi kalau sesekali baca semula boleh membuatkan aku ketawa sorang2 maklum la macam2 perencah ada kat dalam tu hehehehe...

Sekarang bilangan diari dah mencecah hampir 20 buah. bermula dari tahun 1996 sampai la sekarang aku masih aktif menulis diari. Kadang2 tu dalam setahun boleh bertukar sampai 3 diari sekaligus. Apa yg aku tulis tah, cepat benar habis nya hehehehe...

Aku mula menulis diari kerana aku sedar selain arwah mama aku memang tak der tempat nak mengadu, maka aku amik keputusan untuk melakarkan semua kisah hidup ku dalam diari ku...Ada macam2 cerita di dalam nya. Kalau nak buat novel pun boleh la hehehe...Ada masam, ada manis, ada tawa, ada sedih dan ada juga madah cinta.

Aku tak kisah kalau ada yg nak baca diari ku ni, maklum la tak der yang privacy. Sebab bagi ku ianya satu luahan rasa dari seorang pemilik yang tiada tempat mengadu. Tapi aku pasti orang tak akan baca sebab nama nya sebuah DIARI...

Sekarang aku masih meneruskan aktiviti menulis diari. Kerana bagi ku menulis diari merupakan satu terapi untuk aku rehatkan minda serta release kan semua tension yang ada. Kalau tak percaya cuba la tulis hehehe...gerenti akan rasa tenang.

Namun begitu aku juga tak lupa untuk meluahkan rasa sedih dan gembira ku pada Yang Maha Esa. Setiap kali lepas solat kita semua pasti akan berdoa dan mengadu pada Yang Satu kan...maka itu juga satu therapy rohani yang paling sihat.

So pada sesiapa yang baru nak berjinak menulis diari, tulisla sebab ia akan membuat kan minda anda aktif dan lebih kreatif. Selamat mencuba!! :-)

2 comments:

SayangSal said...

diari ku hanya di dalm kotak fikiran ku sajer...hanya Alah yang mengetahui....ada bagus dan tak bagus gak kan?...he he he...anayway teruskan penulisan yang kreatif mu itew...:)

Siti Azlina Abdul Aziz said...

cayok!! insya Allah akan aku teruskan...:-)