gambar sekadar hiasan |
Hari ni aku nak membebel sikit...Bukan apa pun saja jer la nak buat luahan perasaan kat blog aku yg comeii ni...Biasa la kan mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut manusia tak kan nak gam pula...:-)
Citer nya macam ni, hari tu ada la aku ikut Hubby ke suatu majlis. So aku pun pi la lepak ngan mak cik2 , kakak2 yg duduk kat majlis tu.
Masa aku sampai tu masing2 dok citer bab kawin...ada la anak salah sorang kakak kat situ nak kawin. Anaknya baru sangat lepas SPM. Tapi kalau tengok gayanya , tubuh badan dah macam org yg berumur 30 thn...pemikiran cara cakap pun memang dah matang...sesuai sangat la kalau nak bagi kawin pun.
So aku pun saja la menyampuk, aku tanya dah tak nak belajar ke anak kakak tu...yer la kan muda sangat 18 pun belum lagi umurnya...sebab lahir hujung tahun. Kata ibunya...alahai pedih la juga hati aku ni..."Kalau belajar tinggi2 pun macam hang ni tak keja juga...dok rumah...ada pelajaran pun rugi..." fuhhhh.....ayat memang makan dalam ...:-(
Aku hanya tersenyum, lansung tak jawap. Bukan tak boleh jawap, tapi aku tak nak jawap. Sebab pemikiran mereka masih awal tahun 50 an ... zaman sebelum merdeka. Orang perempuan tak payah belajar, duduk rumah jaga suami, jaga anak. Aku sedih bila anak2 melayu lepas habis SPM dah nak kawin. Memang la jodoh, tapi apa salahnya kalau kita belajar atau bekerja dulu, bagi ayah dan ibu rasa titik peluh kita ni. Aku tak salahkan mereka yg kawin awal. Zaman dulu dan zaman sekarang berbeza. Kalau kita tak der ilmu kita akan mudah ditipu, ditindas dan ada juga sampai di jual.
Ya betul sekarang aku tak bekerja, tapi aku mampu menjana pendapatan juga walaupun hanya di rumah. Aku ada buat tusyen, aku ada rumah sewa dan aku mampu membiayai keperluan rumah. Aku tak membebankan suami ku seorang diri. Zaman sekarang wanita kena bangkit berani mencari ilmu untuk masa depan. Bukan untuk kerja semata2. Ada aku kisah apa org kata kat aku, walaupun aku tak kerja aku tak minta duit kat korang pun...
Tak sangka walau pun dunia dah makin maju tapi tetap juga ada manusia yg berjiwa kolot. Aku tahu la bakal menantu dia tu org kaya. Tapi kalau kaya sekalipun tapi tak berilmu apa cerita...duit yg menggunung kalau dikais pagi petang habis juga kan...
Apa pun aku harap sangat2 org2 melayu macam ni berubah la...jangan la nak harap belas ihsan simpati org semata2...cuba bangun usaha sendiri. Allah berikan kita tulang 4 kerat, gunakan lah ia sebaiknya. Selagi kita bernyawa selagi itu la kita berbakti kepada nusa, bangsa dan negara kita tercinta...
Macam mana kita nak maju, sedangkan anak2 kita pun kita galakkan mereka hidup merempat. Ini kalau bangsa lain maju marah, dengki, mula la buat fitnah sana sini...Cukup2 la ...sedar la dari mimpi...Hidup la secara sederhana, tapi jangan la menyusahkan orang lain. Hidup la dalam dunia realiti. Perkahwinan bukan satu aset untuk hidup senang, tapi ia satu ikatan yg suci, yg murni dan satu tanggungjawab bersama. Kalau kita kawin semata2 kerana harta maka binasa la yg kita peroleh, tapi kalau perkahwinan itu kerana Allah maka pahala ganjarannya...Sedarlah wahai Melayu...:-)
4 comments:
Orang bole kata apa shaja yg diorg nak kata, hidop org lain x sama dgn kita, tapi xpe biarlah, masuk kanan keluar kiri.. Realiti mmg begitu, apa sahaja yg kita buat mesti ada shj org lain akan komen.. sabarla ya!
a;a betul tu...kadang2 apa yg i perhatikan manusia akan buat keputusan tanpa berfkir panjang...lepas tu bila dah terhantuk waktu tu baru nak salah kan org tu dan orang ni...masa buat keputusan tak fikir masa akan datang...moga Allah berikan hidayah kepada mereka2 ini...pesanan untuk diri sendiri juga...
setuju-setuju......sekarang statement cam kakak tu dah tak leh guna.....:)....
biasa la sal...org tgh seronok nak dapat menantu kaya....:-)
Post a Comment