Saturday, September 3, 2011

KENANGAN KU

kad ucapan dari kami berdua
Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Salam Kemerdekaan yg ke 54 Tahun. Diam tak diam dah masuk 4 hari kita beraya dan dah 54 tahun juga negara kita Malaysia merdeka. Bertuah betul kita kerana dapat beraya dalam suasana harmoni dan aman damai. Aku secara peribadi merasa amat berbangga dengan pencapaian Malaysia dan aku juga hepi sangat sebab dapat menyambut dua perayaan sekaligus dalam satu bulan yg sama, syukur alhamdulillah....

Namun di sebalik senyuman ku terpahat rasa kesedihan yg amat sangat. Kesedihan yg sukar ku gambarkan. Tahun 2011 merupakan tahun pertama aku beraya tanpa bonda tercinta. Kalau tahun lepas aku masih boleh mencium pipi bondaku walaupun di ketika itu bonda ku koma. Tahun lepas aku beraya di Hospital Besar Pulau Pinang di Wad Hematologi atau Wad Kanser Darah. Memang sukar untuk aku gambarkan di ketika itu. Perasaan aku hanya Allah saja yang tahu. Tapi aku kuatkan semangat, aku masih mampu memberi senyuman sedangakan dalam hati ku hanya Allah saja yang tahu.

Aku ingat lagi tahun lepas, pagi2 raya suami ku datang ke wad hemato untuk beraya dengan aku. Waktu itu aku hanya berpakaian biasa tak sempat nak salin baju raya, maklum la perasaan beraya aku tu tak der lansung, yg aku tahu, aku hanya mahukan ibu ku bangun dan sihat seperti sediakala. Namun itu semua mustahil. Suami ku mengajak aku turun ke surau di perkarangan hospital. Di situ ada bangku batu, kami pun duduk berdua dan di situ la aku memohon ampun dan maaf kepada suamiku...perasaan aku ketika itu sangat sayu. Aku rasa sungguh hiba, dan dalam masa yg sama aku lihat air mata suami ku pun turut mengalir. Itu la pengorbanan suami ku yg paling besar kerana membenarkan aku menjaga mama di hospital selama 4 bulan. Dalam tempoh tu aku lansung tak pedulikan makan pakai suami ku. Aku mohon ampun dan maaf darinya dengan sepnuh hati ku. Alhamdulillah dia amat memahami situasi ku ketika itu. Bukan mudah nak jadi anak tunggal, semua tanggungjawab tergalas di bahu ku.

Tahun ni tiada persiapan yg istimewa, semua kelengkapan suami ku yg uruskan. Aku hanya termenung dan berpura2 senyum. Memang tiada lansung keinginan untuk aku beraya. Namun berkat doa suami dan dorongan darinya aku mampu beraya dengan rasa penuh keinsafan dan keikhlasan. Syukur pada Mu Ya Allah.

Di kesempatan ini aku menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada semua rakan2 blog jika selama ni aku ada terkasar bahasa, terlanjur bicara dan tersalah sikap harap diampunkan zahir dan batin...Wasaalam..:-)

No comments: