Tuesday, September 13, 2011

MENU PUASA 6 - DAY 1

nasi yg dah siap dihidang cuma tunggu nak mamam jer
nasi majerin dan hirisan buah kurma
ayam goreng kfc perisa black pepper
sambal udang
papadom
Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah hari ini Selasa13 September 2011 dan bersamaan 15 Syawal dapat la aku berpuasa sunat 6. Ini baru hari pertama. Insya Allah esok aku nak buat lagi sampai hari Khamis. Lepas tu stop kejap, sambung pula minggu depan. Bukan apa bagi laluan kepada Open House yg banyak tu...Kalau tak pergi nanti kata tak meraikan pula kan...so kena la beri peluang untuk kita hidup dalam bermasyarakat ni :-)

Menu aku hari ni so simple, tapi ini la percubaan kali pertama aku masak nasi majerin dan dicampur dengan hirisan buah kurma. Kalau ikutkan dalam buku resepi tu aku kena masukkan kismis, tapi nak buat macam mana kan kismis tak der, so buah kurma jer la. Sedap juga hehehe...nanti korang boleh la cuba...

Ayam pula aku goreng ala KFC, tapi perasa black pepper. Aku guna tepung jenama Nona. Sedap juga...:-). Lepas tu aku saja jer buat sambal udang. Kalau ikutkan menu asal aku nak buat ayam goreng kicap. tapi rasanya banyak pula menu ayam so tukar la buat sambal udang.

Kebetulan ada pula papadom, so goreng kan jer la...nampak sedap kan...jom makan :-)

5 comments:

ciK LyndaWawa said...

ayam goreng itu nampak sedap...=]

Siti Azlina Abdul Aziz said...

hehehe...memang sedap pun homemade tu :-)

SayangSal said...

sedapnyer papedam,,,lama dah tak makan...

Siti Azlina Abdul Aziz said...

beli la sal lepas tu goreng ... kau tahu kan aku dulu mana makan papadom ni semua tengok sekarang Im dah ajar aku makan tapi ada sekeping jer yg masuk dalam perut aku ni :-)

belogsepok.com said...

papadom!!!!
*eksited tgk papdom~~