Sunday, September 4, 2011

HOBI KU

i love blogging too :-)
Aloha,

Salam sayang dari saya insan yg bernama SITI AZLINA ABDUL AZIZ...tu dia lengkap dengan binti lagi u hehehe....

Esok hari Isnin, maka aku akan memulakan aktiviti mengarang di blog aku. Bukan apa aku kan dah jd HOUSEWIFE FULL TIME semula. Dah habis pun kontrak aku 3 bulan tu. So lepas ni jaga suami la semula hehehehe...

Kenapa aku suka blogging? Senang jer jawapannya...bila aku blogging aku tak kan rasa kesunyian. Aku pun tak kan rasa BOSAN tahap gaban...aku pun tak kan rasa alone...sebab ramai kawan2 cyber ada di sekeliling ku. Lagi satu aku suka blogging sebab aku dapat meluahkan apa yg aku rasa, apa yg aku lihat dan apa yg aku fikirkan.

Kalau dulu aku suka tulis diary...ada lebih kurang 14 buah diary yg dah aku karang. Sekarang pun hobi tu masih ada. Cuma tak serancak dahulu. Maklum la sekarang dunia semakin maju, internet dah ada di merata2...so guna jer la, bukan apa nanti di katakan ketinggalana zaman la pula. Tapi aku guna internet ni untuk kebaikan bukan untuk kejahatan atau nak kutuk orang...hish...minta dijauhkan ...

Aku tak kisah kalau tak der orang nak komen atau apa, yg penting aku dapat berkarya dan meluahkan apa yg aku rasa dalam hati...aku juga suka share something information dengan korang semua...so kalau korang pun ada info yg menarik jgn la lupa share ngan aku yer.."SHARING IS CARING" :-)

So lepas ni korang jangan la rasa meluat atau malu2 nak singgah ke "CYBER DIARIES" aku ni yer...I LOVE OLLS :-)

No comments: