Sunday, September 11, 2011

SOMBONG

gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum...

Hari ni aku nak bercerita tentang SOMBONG. Kenapa yer aku cakap hal ni untuk entry kali ni...tak lain tak bukan sebab aku dah makin muak dengan manusia yg spesis macam ni. Aku bukan kata aku ni baik tak sombong, tapi aku dah melalui semuanya dan aku belajar dari semua kesilapan ku. Aku bercakap dari segi pengalaman yg aku alami dan juga pemerhatian aku nampak.

Sejak aku aktif dalam FB (Facebook) aku lihat banyak di antara kita yg SOMBONG dengan diri kita sendiri. Kadangkala aku juga termasuk dalam situasi macam ni. Itu pada peringkat permulaan aku berjinak dengan FB. Tapi lama2 aku jadi malu dengan diri sendiri, aku ada2kan cerita yg tak ada, aku wujudkan benda yg aku tak miliki, aku sebut perkara yg kadangkala aku tak pernah buat pun. Tapi itu dulu....sekarang aku lebih realistik, aku lebih berpijak di bumi yang nyata. Aku bukan kata aku baik tapi aku belajar untuk menjadi baik...insya Allah.

Apa yg membuatkan aku rasa jelak ialah bila seseorang itu yg pada asalnya seorang yg susah, miskin tiba2 menjadi seorang yg kaya dan berharta...sedangkan harta dan kekayaan itu bukan darinya pun, dari perkongsian hidup...tapi tiba2 menjadi sangat BELAGAK. Itu yg buatkan aku jadi benci dengan sikapnya. Aku tak pernah membenci dirinya tapi sikap nya itu membuatkan aku menyampah.

Aku sedar siapa la aku yg nak menyampah kat orang, tapi entahlah...bila difikirkan semula rupa2nya aku makin rasa sedih dengan individu yg sebegini. Aku rasa simpati sangat. Sebab apa yg kita miliki hari ini bukan hak kita, tapi semuanya pinjaman belaka. Nyawa kita ni pun pinjaman, bila2 masa boleh dijemput kembali pada Nya.

Sudah2 la SOMBONG tu...cukup la...Dunia ni hanya pentas sementara. Jangan jadikan manusia sebagai juri untuk menilai tahap keperibadian kita, tapi jadikan lah Allah sebagai juri di mana taraf hidup kita. Tak perlu SOMBONG, kerana kita semua satu hari nanti akan kembali pada Nya juga.

Ya Allah terima kasih kerana telah mengejutkan aku awal dari leka dengan sikap SOMBONG ku yg dahulu. Pengajaran yg Engkau berikan pada ku amat2 berharga dan mengubah aku menjadi manusia yg takut akan kemurkaan mu...Dekatkan lah aku pada Mu Ya Allah...jangan lah kau pesongkan hati dan akidahku setelah Engkau tunjukkan jalan kebenaran itu...Amin...

Kepada mereka yg masih leka dengan SOMBONG...Engkau berikan lah mereka ini kesedaran...ubahkanlah sikap buruk mereka ini kepada sikap yg baik dan terpuji. Sesunguhnya hanya Engkau yg mampu mengubah segala2nya...Amin....

1 comment:

Puan Nad said...

aha, btol tuh. skrang ni kan semua benda nak dicanang di FB. Sakit hati ngan somebody ke, merajuk ke or whatsoever ke, semua nak canang nak diwarwar di FB. Sampaikan bila kita tgk blk, akhirnya terkena batang hidung sendiri. Gaduh ngan family sendiri pun heboh. Teruk. Herm... bosan dah ngan FB. Lama dah x involve. Ade apa ngan FB pun xtaulah... konon mintak perhatian tapi bagai buka pekong di dada plak jadinya. Mintak jauhlah dr Allah dan dilindungi selalu kita semua dari bersikap sedemikian, Aminnn.