Monday, September 19, 2011

PERCUBAAN PERTAMA KU - LONTONG / MENU MALAM NI NASI GORENG NENAS DAN AYAM GORENG KUNYIT

lontong homemade gitu
Assalamualaikum...

Semalam hari Ahad 18.09.2011 aku cuba masak lontong...teringin nak makan la konon...Sebab hari tu makan kat Kiosk Bertam macam tak cukup hehehe...so semalam buat pertama kalinya aku mencuba Syukur Alhamdulillah menjadi la pula :-) TQ Allah...

Memang aku ni baru belajar nak masak. Sebab selama ni apa yang aku nak makan arwah mama yang akan masakkan. Aku tak perlu buat apa. Bangun pagi2 mama dah tanya kat aku "Chek nak makan apa hari ni"...itu la soalan yg akan muncul dari bibir arwah setiap kali aku bangun dari tidur. Dari kecik sampai la aku dah berumahtangga, itu la akan ditanya oleh nya.

Tapi kini semua soalan itu dah tak ada dalam hidup aku...tapi itu la kenangan yg paling manis untuk aku kenangkan. So tahun ni aku banyak belajar melakukan semua kerja2 rumah dengan sendiri...mujur la ada suami yg sentiasa membantu aku. TQ Allah for everything :-)


nasi goreng nenas + ayam goreng kunyit
Ini pula citer hari ni, hari Isnin 19.09.2011. Malam ni my beloved Hubby Chubby request nak makan nasi goreng, so sebagai isteri yg solehah, aku pun cargas memenuhi permintaan suami hehehe...harap2 dapat bau syurga la aku nanti amin...:-)

So ini pun kali pertama aku mencuba menu nasi goreng nenas. Tapi aku rasa tak der la susah mana pun, just buat macam nasi goreng cina cuma kita campurkan dengan nenas...sedap la pula...:-) Sebab ada rasa masam2 manis gitu :-)..I LIKE ...

Lepas tu Hubby Chubby minta buatkan ayam goreng kunyit la pula...so tanpa banyak bicara buat ajer...kan nak masuk syurga kena la ikut cakap suami :-).

Tapi aku rasa aku masih belum lulus sepenuhnya untuk menu kedua ni...sebab Hubby masak lagi sedap la huhuhu....tak per masih ada masa untuk terus belajar...practice make perfect kan :-)

2 comments:

SayangSal said...

KALAU KAT KEDAI AKU KAN..NASI GORENG NIE KU PANGGIL NASI GORENG HAWAIIII....AKU TAMBAH SOSEJ DAN NENAS...YANG LAIN2 TU CAM BIASA....MEMANG SEDAP..MASAM-MASAM MANIS,,,

Siti Azlina Abdul Aziz said...

a'a aku saja letak nama nasi goreng nenas...Im kata nasi goreng hawai juga hehehe...first time cuba alhamdulillah menjadi la hehehe :-)