Monday, April 4, 2011
BERITA SEDIH
Semalam hari Ahad 3 April 2011, kami telah kehilangan ahli keluarga kami yg terdekat. Sepupu hubby telah kehilangan anak lelaki nya yang berusia 4 thn.
Gambar di atas menunjukkan ibu kepada anak malang tersebut yang merupakan sepupu kepada suami ku tidak dapat menahan sebak di atas kehilangan anaknya Mohamad Irfan (gambar kecil di sebelah) yang rentung dalam kebakaran rumah mereka di Permatang Nibung, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Menurut sumber berita, Ibu mangsa, Nur Amalina Mat Ariffin 25 thn berkata, dia hanya mampu menjerit memanggil Mohamad Irfan yang ketika itu bermain di bahagian atas rumah dua yang diduki mereka sekeluarga.
Selain itu datuk kepada mangsa juga turut cedera akibat hendak menyelamatkan cucu nya. Mohamad Irfan dijumpai dalam keadaan rentung sebanyak 70% dan mayat nya di temui di bawah rumah.
Maka dengan itu saya mewakili famili suami ingin meminta kepada sesiapa yang sudi melawa ke blog ini sila sedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham adik Mohamad Irfan bin Abdul Rashid. Semoga roh anak ini ditempatkan bersama mereka yang beriman dan syfaat kepada kedua ibu dan ayah mangsa...Al-Fatihah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam takziah buat keluarga suami,.
salam takziah untuk keluarga..semoga roh arwah dicucuri rahmat....amin
ade bace jugak berita pasal tu..tak sangka mangsa tu sedare terdekat kamu..takziah buat mereka sekeluarga..
salam takziah dr kak aini....
takziah, ms kejadian saya ada lalu kawasan tu.. bomba baru habis padam api..terkedu bila baca berita sebb nama arwah sama nama anak saya.. sebak.. dan adiknya sama nama dengan anak saya yang sulung.. insyaallah.. syurga buat mohamad irfan.. amin..
dr Dia kita datang...kepaNya kita kembali...Al-Fatihah...
Post a Comment