Tuesday, April 12, 2011

TIP MENGAWAL NAFSU MAKAN

Assalamualaikum,

Ok hari ni kita nak share sesuatu yang menarik dari Majalah Rapi keluaran 1 November 2009, bil.127. Tadi masa aku dok belek2 majalah ni ternampak la pula tip ni. So aku rasa why not aku tak share dengan sahabat2 ku sekalian...bukan ke "sharing is caring" hehehe....:-)

Mempunyai berat badan yang berlebihan atau ingin mendapatkan bentuk badan yang ideal. Caranya mudah, cuba perhatikan pola pemakanan anda. Nafsu makan juga harus dijaga agar anda tidak mengambil jumlah makanan yang berlebihan. Ikuti tip ini :-

Makanan Berprotien

Ambil makanan berprotien ketika bersarapan kerana ia membantu untuk mengurangkan rasa lapar pada siang hari. Malah anda tidak akan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.

Jauhi Makanan Kegemaran

Apabila anda sudah suka, tentu anda akan makan dengan banyak dan lebih kerap. Jadi untuk mengelakkan anda menikmatinya, jauhi daripada jangkauan tangan anda. Kalau boleh jangan beli makanan itu lansung.

Tidur Yang Cukup

Menurut kajian, nafsu makan seseorang itu meningkat apabila seseorang itu tidak cukup tidur iaitu kurang dari 8 jam.

Cium Aroma Kegemaran

Kajian menunjukkan, reaksi otak terhadap lemak di mulut sama dengan reaksi otak ketika hidung mencium aroma yang menarik. Oleh itu jika perut anda berbunyi untuk diisi, cubalah mencium aroma kegemaran, tentu anda tidak akan merasa lapar.

Sajian Yang Secukupnya

Tahukah anda, semakin banyak sajian yang dihidangkan semakin banyak makanan yang anda makan. Jadi, berusahalah untuk menyajikan makanan yang secukupnya. Begitu juga apabila memesan makanan di restoren, pesan lah makanan yang secukupnya.

Pilih Tempat Yang Terang

Apabila anda makan di tempat yang terang, anda cenderung untuk makan dalam kauntiti yang sedikit. Salah satu sebab, bimbang orang akan memerhatikan apa yang sedang anda makan.

Sentiasa Berbual

Ketika makan bersama kawan-kawan, cuba berbual-bual. Ini membantu anda kehilangan masa untuk makan dalam jumlah yang banyak. Apatah lagi, apabila melihat kawan anda sudah selesai makan, tentu anda pun segera menamatkan waktu makan anda.

Mulakan Dengan Sup

Mulakan waktu makan anda dengan sup sayuran yang mengandungi 130 kalori. Cara ini membuatkan anda tidak makan dalam jumlah yang banyak kerana perut anda sudah dipenuhi dengan sup.

Kurangkan Pilihan Makanan

Makanan ringan yang pelbagai seperti biskut atau coklat membuatkan anda teransang untuk memakannya. Ini akan menambahkan jumlah kalori dalam badan. Pilihan yang terlalu banyak memang tidak sesuai untuk mengawal nafsu makan anda.

So, kawan2 semoga semua tip diatas ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua terutama nya wanita yg ingin turunkan berat badan nya....Aku pun teringin juga nak slim ni hehehe...rasa nya boleh la aku cuba beberapa tip yg tertera di atas...Nanti kalau ada tip2 lagi sure aku akan kongsikan dengan rakan2 ku sekalian...so tungguuu....:-)

2 comments:

SayangSal said...

info yang bagus....tapi mana nak cari sop hari2..he he he....kalau ganti air dulu pun ok kot...so ambik nasi ckit...:)

lalink7 said...

dpt x kawal? sampai skrang husz xdpt kwl lg..nyampahh toii