Assalamualaikum,
Hari ni pak cik aku datang dari Bangi. Siap bawa ole2 untuk aku tu, hepi giler sebab dapat hadiah hehehe....
Kalau nak diiukutkan Pak Cik Mat ngan Mak Cik Siti ni saudara jauh sebelah arwah ibu ku. Pak Cik Mat ni berasal dari Terengganu dan Mak Cik Siti ni pula orang Penang.
Dan sudah menjadi kebetulan la pula, hari  Isnin lepas Pak Cik Mat ni ada pula hal kat Penang, dia kena mengajar  la pula kat USM, so dia nak la jumpa aku. Hari Ahad lepas dia ada sms  aku, kata nya "Pak Cik Mat ada ole2 untuk ct dari Padang Indonesia  ni...". Aku punya la hepi rasa macam nak jumpa hari tu juga. Tapi msalah  nya mana boleh suami aku baru jer bertolak ke Sungai petani 20 minit  yang lalu huhuhu....
So,  aku pun kata la kat Pak Cik Mat yang aku tak dapat nak jumpa dengan dia  hari ni (hari Ahad lepas), seba suami aku kena outstation seminggu.  Lepas tu aku dapat sms semula, kata nya tak pa la kita jumpa hari Khamis  hehehe....senyum lebar la aku...Dalam hati dok fikir apa la hadiah nya  yer :-)
Akhirnya  hari yang dinanti pun tiba, aku gembira sangat sebab dapat hadiah  sepasang baju dari Padang Indonesia dan juga cenderahati dari  Paris...:-).
Bukan apa, excited tu sebab yer la kan barang2 ni  dari jauh lokasinya. Lepas ada pula org yg sudi ingat kan kita dan beli  something khusus untuk kita. Terharu sangat tau...erm...bukan apa sejak  dua menjak ni aku ni sangat sensitif. Mudah terasa hati dengan org  sekeliling ku. Aku rasa kadang2 aku macam dah tak bermakna di mata  orang. Tapi aku di hargai macam ni, menitis juga air mata mengenang kan  nya ...:-)
Insya Allah, walau pun bonda ku dah tak ada, namun aku berjanji  dgn diri ku bahawa aku tak akan sesekali melupakan semua jasa mereka  yang pernah membantu ku walau pun sebesar hama...insya Allah :-)
Untuk  Pak Cik Mat dan Mak Cik Siti, jutaan terima kasih di atas semua  pemberian kalian, sedari ct kecil sampai la sekarang dan sewaktu arwah  mama tengah sakit pun kalian sanggup membantu dalam segala macam ...jasa  kalian tak akan ct lupakan sampai ke akhir hayat ct...Terima Kasih daun  keladi yer :-)...



No comments:
Post a Comment