Assalamualaikum,
Hari ni aku nak share pula tentang sauna dan kebaikan nya kepada semua golongan wanita terutama nya muslimah sekalian. Tips ni macam biasa la aku dapat dari diary muslimah aku la...:-). Hebat kan, semua ada kat dalam tu tau...tak rugi aku membeli nya dan menjadikan nya satu sumber rujukan buat kita semua.
Aktiviti mandi peluh atau sauna selalunya dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tapi sebenarnya, kebaikan sauna bukan setakat itu saja, ia punya manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh. Biarpun begitu, ramai yang tidak punya pengetahuan tentang perkara ini. Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan daripada akiviti mandi peluh yang mungkin anda selalu lakukan.
Keluarkan Toksin Dari Tubuh
Peluh yang keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yang diketahui, pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itu lah mencantikkan kulit. Di samping itu, turut bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh badan kita. Kesan nya kulit akan menjadi cerah & bersih.
Meningkatkan Metobolisme
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkat degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metobolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini , tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori !!!! :-)
Kurangkan Stress
Faktor ini lah yang menyebabkan ramai memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasa nya, setelah selesai melakukan sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai.
Sembuhkan Masalah Kulit
Panas ruang sauna yang biasanya antara 60-105 C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah menigkat. Haslnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.
Membunuh Bakteria Dan Virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkan nya men'yah toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses pembaiki sel otot. Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus, meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Tips Untuk Kesihatan:-
- Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15-20 minit setiap kali
- Tiga kali penggunaan seminggu sudah memadai. Anda akan merasai kesegaran nya setiap kali anda melakukan mandian.
- Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan.
- Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15 minit lagi.
- Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihat lah hasilnya :-)
"KITA TIDAK BOLEH MENCINTAI ORANG LAIN SEBELUM KITA MENCINTAI DIRI SENDIRI DAN KITA TIDAK BOLEH MENCINTAI DIRI SENDIRI SEBELUM KITA MENCINTAI ALLAH SWT...."
3 comments:
salam
terima kasih kerana sudi follow saya.
saya sudah beli satu sauna. nak tengok kat sini:
http://al-lavendari.blogspot.com/2011/02/sauna.html
ni yang rasa nak buat sauna ni..;)
Saya ade sauna..kdg2 je..saya gune..lepas ni kena kerap guna lah hihi
Post a Comment