Sunday, April 10, 2011

CINTA IBARAT AIR

mata air
Cinta ibarat air. Anda sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidup anda terumbang-ambing.

Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita.

Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang, maka ia akan berterusan mangahayutkannya ke muara.

Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah anda berulang-alik ke bawah. Kalau ia ibarat air tasik yang tenang membiru, anda dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Lalu jenis air mana yang anda inginkan?

Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja.

Biarlah anda menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi anda tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Jika anda sudah melengkapi diri untuk membina kekuatan dalam fasa perhubungan yang baru, cubalah sesuatu yang menarik. Mana tahu cinta yang baru bakal memenuhi dan menyinari kekosongan jiwa, memberi kehangatan kebahagian buat anda selamanya...:-)

3 comments:

SayangSal said...

fuhh...semenjak dua menjak nie..sahabatku semakin pandai berkarya yer..tahniah-tahniah...love u too...he he he he :)

Siti Azlina Abdul Aziz said...

hehehe...itu la kelebihan nya bila jd suri rumah :-)

kindergartenlibrary said...

setuju !!!
memang betul pun ~