Tuesday, April 5, 2011
Kopratasa - Permata untuk Isteri
Semalam hari Isnin 4 April 2011, kami berdua dalam perjalanan ke Jusco Perda. Konon nya nak makan A&W. Bila sampai sana lain yang jadinya termakan ayam penyek la pula :-).
Dalam perjalanan ke sana, tiba2 ada la pula lagu ni dalam radio...hehehe...erm...mengimbau kembali zaman kami mula2 kawin dulu. Lagu ni merupakan lagu yg pertama suami ku dedikasi kan untuk ku...sungguh terharu. Mana tidaknya, aku ingat lagi waktu tu tgh malam, kami dalam perjalanan balik ke KL. Suami ku hantar aku balik ke sana. Sebab waktu tu aku memang sedang bekerja di sana.
Dalam perjalanan tu, tiba2 di radio ada dimainkan lagu syahdu ni...menitis air mata kami berdua sambil menghayati setiap lirik baris lagu ini. Aku rasa sangat hiba kerana sebagai isteri sepatut nya aku sentiasa di samping suami, tapi demi tugas aku tinggal kan suami di Penang. Kami hanya sempat tinggal sebumbung tak sampai sebulan.
Lepas tu kali kedua kami mendengar lagu ni, waktu aku dah pulang dan menetap di Penang. Kami tersenyum bila mendengar lagu ini. Dan yang terkini, semalam kami mendengar semula lagu ini dimainkan di radio.
Suasana dalam kereta ketika itu sangat hening, masing2 melayan perasaan. Tiba2 aku merasa sayu, bergenang air mata ku, namun ku tahan juga. Jangan la menitis air mata ini. Aku memandang suami ku yang ketika itu sedang memandu. Nampak nya suami ku pun sedang menahan perasan. Dia memandang ke wajah ku dengan sejuta makna kasih sayang...Alhamdulillah kami masih merasai nikmat nya cinta dari Mu Ya Allah...:-)
Tatkala lagu ini habis dimainkan di radio, tiba2 suami ku bersuara menukar topik hehehe...nak cover la tu :-)...aku tahu suami ku seorang yang sangat berjiwa lembut, dan sangat sensitif dengan persekitaran...Aku bahagia berada di samping nya...:-)
Ya Allah, aku tahu aku bukan la seoarang wanita yang sempurna, aku banyak kelemahannya...malah aku belum mampu memberi cahayamata untuk suami ku...Namun aku mohon pada Mu Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk membahagiakan suamiku hingga ke hujung nyawa ku...Ya Allah sematkan lah rasa cinta di hati kami dengan penuh ikhlas dan berpaksikan kejujuran. Ya Allah yang Maha Agung, kuatkan lah ikatan pernikahan kami ini, jauhkan la fitnah dan tohmahan dari anasir luar.
Ya Allah, sebagai mana aku mencintai Mu, sebegitu jua aku mencintai diri ku, sebagaimana aku mencintai diriku, begitu jua aku mencintai suami ku...amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
untung jugak dapat suami berjiwa lembut..mesti dia sentiasa peka dgn jiwa si isteri kan :)
suatu masa dulu, kami pon selalu pegi jusco perda..tempat nk window shopping hehe
romantik =)
salam. moga cinta sentiasa tersemai dan dirahmati Allah :)
romantiknyer..i like!!!!..
wah...cemburu nie...nak lagu jugak...he he he....i like your statement...wish u happy always...:)
Post a Comment