Wednesday, April 6, 2011

BERUNTUNGNYA MENJADI SEORANG ISTERI

ikatan perkahwinan merupakan satu ikatan yang suci
Assalamualaikum,
Hari ni aku nak berkongsi kisah tentang betapa berutungnya seseorang wanita yang bergelar isteri. Mulianya seorang isteri di sisi Allah dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak, dan rugi serta binasa lah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangi lah mereka...:-)
  • Beruntung nya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan ... sebagai 'pengeluar' manusia.
  • Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh...7 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
  • Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapu cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
  • Sati lagu berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahur saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita. Jadi mengapa perlu takut nak melahirkan anak?
 Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semunya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak akan tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suami nya yang dia sedari. Contohnya bila dia redha bila suami nya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis iilmu, bersedekah, ganjanran Allah keatas nya jua.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka dengan Nya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

So kepada wanita yang bergelar isteri atau akan bergelar isteri, marilah kita sama2 bermujahadah dan beristiqamah menilai akan ketinggian peribadi yang kita miliki. Jadilah wanita muslimah yang sejati. Jadilah isteri solehah yang sentiasa menjaga nama serta maruah suami nya. Jadilah ibu kepada anak2 yang soleh dan pemangkin masa depan. Kerana kita semua adalah wanita yang sangat2 berharga :-)...

4 comments:

chinta... said...

Ya Allah sungguh besar kenikmatan yang engaku berikan kepada hambamu yang bergelar seorang wanita...

SayangSal said...

insya allah..udah-mudahan....amin...

Kak Aini said...

amin....

Shafynnaz Roslan said...

aminnn....salam ziarahh