Muslimah Yang Dikasihi
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada.
Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki
yang bukan mahrammu.
Muslimah Yang Dikasihi
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu
dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkau lah
yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu
disambut penuh kasih oleh Bidadari syurga
Ainul Mardhiah.
Muslimah Yang Dikasihi
Berakhlaklah dari panduan rasulmu, contohi dan ikutinya.
Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya
dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
Muslimah Yang Dikasihi
Jadikan lah dirimu seperti permata yangberharga dicelah
kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al-Quran panduan
hidupmu, Hadith jadi sumber rujukan mu.
Muslimah Yang Dikasihi
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan
tanpa bekalan ilmu di dada. Renungilah masa depanmu, tetapkan
iman di dada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan
kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.
Muslimah Yang Dikasihi
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu
redhailah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buat mu.
Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu
pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu
di dunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu,
melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak
kasihmu pada Nya dahulu sebelum cinta pada
kekasih yang menjadi pilihan hatimu...
No comments:
Post a Comment