Tuesday, April 5, 2011

PENAWAR DARI MAKANAN

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak berkongsi pula kisah tentang penawar dari makanan yang kita makan sehari-harian. Rupanya apa yang kita makan sehari-hari ni banyak yang kita tak tahu akan khasiat nya...So kali ni kita tengok apa kelebihan dan kebaikan yang datang dari makanan yang kita ambil.

Lobak Merah - Bersihkan Sistem Penghadaman

Lobak merah bukan sahaja baik untuk penglihatan, tetapi juga baik untuk diet seharian bagi memastikan kesihatan kekal di tahap yang optimum. Lobak merah mengandungi serat dan karotena iatu sejenis vitamin A yang membantu membersihkan sistem penghadaman sertam membuang sisa lemak dengan cepat.


Brokoli - Mudahkan Pernafasan

Bedasarkan kajian oleh penyelidikan dari Universiti California, Los Angeles, brokoli berupaya melindungi saluran pernafasan daripada alergen dan pencemaran dengan mengaktifkan sistem antikeradangan semula jadi. Kuasa fitonutrien, sulforaphane ini boleh ditemui pada semua sayuran daripada famili Brassica seperti kubis bunga, kubis, bok choy dan kale.

Pisang - Redakan Stress

Lain kali jika anda berasa tertekan, segeralah makan sebiji pisang. Dengan hanya 105 kalori dan 14 g gula, pisang bersaiz sederhana mampu mengeyangkan anda di samping menigkatkan paras gula darah. Ia juga mengandungi 30% daripda jumlah vitamin B6 yag diperlukan tubuh dalam sehari, yang membantu otak merembeskan serotonin, hormon yang membolehkan anda melalui krisis dengan tenang.


Strawberi - Ubati Luka dan Kudis 

Strawberi sejenis buah bewarna merah berasal dari negara-negara bercuaca sejuk dan digemari kerana keenakannya. Selain daripada kegunaannya sebagai sumber makanan, strawberi bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Buhanya yang kaya dengan vitamin C baik dimakan untuk menjaga kesihatan kulit. Daunya pula direbus dan airnya dugunakan untuk mencuci dan mengubati kudis mahupun luka-luka. Daun strawberi yang telah direbus ditampal ke bahagian-bahagian luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.

Kucai - Ubati Masalah Wanita

Daun kucai mengandungi vitamin B, C, karotena dan komponen belerang. Berfungsi sebagai aintiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi peransang dalam proses pengecutan serta pegembangan usus selain melancarkan pengaliran darah, sekaligus mengelakkan pembekuan darah berlaku. Kucai boleh dimakan sebagai sayur atau daunnya ditumbuk hingga lumat dan di campur air panas lalu dimuinum untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.


Bendi - Bantu Perkembangan Otak

Mengandungi dua peratus protien, tujuh peratus karbohidrat dan satu peratus serat. Selain itu bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium yang sesuai untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan, bendi digunakan sebagai peransang bagi buangan air kecil serta berkesan untuk merawat gonorea, siflis dan bengkak saluran kerongkong mahupun hidung.

2 comments:

SayangSal said...

huwah.....banyaknya info kesihatan...tq my dear,,,,bagus- bagus..dok makan jer...tp tak tahu fungsi....balik nak makan pisang la..leh hilang stress...he he he

shaFazie said...

info yang amat bekesan....
azie suka mkn lobakkk..sume2 tu lah )hehehe