Tuesday, April 19, 2011

SIHAT SECARA SEMULAJADI

Assalamulaikum,

Hari ni aku nak berkongsi tentang tips kesihatan secara semulajadi. Tak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk menjadi sihat. Semua nya ada di sekeliling kita. Jom kita tengok apa yg ada yer :-). Oh yer hampir terlupa pula, tips ni aku dapat dari majalah kegemaran ku juga la, Majalah Rapi masih dalam keluaran yg sama iaitu 1 November 2009, bilangan 127.


 Jangan Gunakan Ketuhar Ketika HAMIL.

Adalah sukar untuk mempercayai fakta ini tetapi tidak salah jika anda mengambil langkah berjaga-jaga. Semasa hamil, elak daripada memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro kerana ia boleh memberikan kesan tidak baik terhadap janin yg sedang anda kandung. Ini lebih merbahaya jika ketuhar itu sudah lama atau salah digunakan. Menerusi satu kajian yg dijalankan, radiasi elektromagnetik yg ada pada ketuhar ini akan merosakkan embrio sehingga membawa kepada masalah keguguran. Berhati-hatilah menggunakan ketuhar jika anda sedang hamil.


Tukar Warna Bilik Tidur Anda

Anda mengalami masalah sukar tidur? Sebelum mencuba pelbagai ubat-ubatan, anda boleh menukar suasana bilik tidur anad terlebih dahulu. Cat bilik dengan warna yg gelap dan pasanglah cadar dan langsir yg berwarna gelap. Kalau berkemampuan, pasanglah penghawa dingin. Semua ini membantu untuk anda tidur dengan lebih lancar.

Beli Pengisar Jus Sendiri Untuk Lebih Sihat

Peruntukkan wang untuk membeli mesin pengisar yg berkualiti. Ini memudahkan anda untuk menghasilkan sendiri jus buah-buahan. Perlu diingat, penyediaan jus sendiri adalah jauh lebih baik daripada membeli yg sudah tersedia di pasaran. Jus sangat banyak kebaikannya pada kita. Antara lain, jus membantu kita mendapat pelbagai khasiat dengan cepat dan mudah. Bahkan ia juga melancarkan sistem perkumuhan.


Hidulah Lemon Untuk Meningkatkan Semangat Anda

Para saintis berjaya membuktikan bahwa bau lemon yg segar dan harum mampu meningkatkan "mood" anda. Keharuman lemon ini mampu meransang serotonin, hormon yg meransang rasa bahagia dan dalam masa yg sama mengurangkan paras "norepinephrine", hormon yg mengundang tekanan.


Bersolat Untuk Ketenangan Hati

Bagi kita yg beragama Islam, lakukan lah solat tahajjud pada waktu malam jika hati anda tidak tenteram. Gerakkan dalam solat dan juga kesunyian suasana malam membuatkan anda mampu lebih fokus dan bertenang. Dalam hanya 15 minit, anda mampu memperlahankan emosi yg tidak stabil sambil bermohon kepada - Nya. Secara tidak lansung, aturan nafas juga menjadi lebih lancar. Manakala bagi mereka yg bukan beragama Islam, anda boleh amalkan meditasi. Tindakan mendiamkan diri selama beberapa ketika mampu membuatkan anda lebih aman.


Susukanlah Bayi Anda Dengan Susu Ibu

Merujuk kepada penyelidik, ibu yg memberikan bayi mereka minum susu formula di dalam botol sebenarnya hanya akan menambah risiko kepada bayi tersebut. Risiko ini terjadi kerana susu formula lazim nya mengandungi konsentrasi yg sangat tinggi. Hal ini bertambah buruk jika ibu sering menukar-nukar jenama susu dan mengubah jadual penyusuan bayi. Antara masalah yg bakal timbul ialah obesiti dan sebagainya. DEmi mengelakkan semua ini, susuilah bayi dengan susu anda sendiri.


Luangkan Hujung Minggu Untuk Berehat

Lihat kalendar anda dan pilih lah satu hari pada hujung minggu untuk anda berehat. Pastikan anda tiada sebarang komitment pada hari itu. Cuba usahakan agar anda betul2 berehat di rumah sepanjang hari. Ini membantu anda untuk mendapatkan hari yg lebih bertenaga pada minggu berikutnya.


Rehatkan Fikiran Dengan Makanan Tinggi Protien

Tahukah anda, makanan yg tinggi protien mengandungi asid amino "tryptophan", iaitu tubuh menghasilkan bahan kimia untuk tidur lena. Hendak lebih mudah, makan lah sedikit biskut oat dan minumlah segelas susu panas sebelum tidur. Khasiat protien y terkandung di dalam makanan ini membuatkan anda dapat tidur dengan lebih mudah dan fikiran juga dapat direhatkan.

So, diharap rakan2 semua dapat mengaplikasikan semua tips ini demi kesihatan diri kita...ingat lah bahawa "DIRI KITA BEGITU BERMAKNA" :-)

1 comment:

ciK LyndaWawa said...

wah..hidu lemon..susahnya nak dapat lemon kat asrama ni..