Tuesday, March 8, 2011

NOVEL - DALAM PEMBACAAN KU (2)



Assalamualaikum,

Ini lah novel terkini yang sedang dalam pembacaan ku...Aku tak dapat nak komen lebih2 lagi sebab baru mula membacanya semalam. Namun dari sudut pandangan mata ku novel ini sesuai untuk semua generasi sebab kisah nya banyak berkisar tentang kekeluargaan...konflik dalaman serta kasih sayang yang tak berpenghujung...

Ini sinopsisnya :-
Masa itu Adalah Makhluk Allah Yang Tak Pernah Henti Berdetik...
Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata. dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!


Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. Sangkanya, apabila bertemu ayah, sekurang-kurang dia punya kasih seorang bapa. Tapi dia salah. Ayah seperti mama. Tidak pernah menerimanya sebagai anak.


Dia menjadi daki dalam keluarga. Dia sedar duduk dirinya. Dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya. Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri...

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila ke laman sesawang yg tertera di bawah ini. Banyak lagi buku yg boleh anda semua ketahui...jom la :-)

http://diyanordin.com

No comments: