Aloha,
Hari ni kenapa la aku malas sangat nak masak ni...Kalau ikutkan kepala otak aku ni macam2 aku nak masak, tapi bila M.A.L.A.S tu dah datang tak payah la nak buat apa...gigit jari la jawap nya.
Konon nya masa pukul 12.30 tengah hari tadi aku memang beria-ia nak nak masak. Lepas tu jam 1.00 tengah hari waktu aku bagi kucing2 aku ni mamam...so macam biasa la bila nak bagi dia orang ni mamam kena mop lantai dulu. Tiba2 aku rasa macam nak mengemas bilik arwah bonda ku...So bila dah mengemas maka nafsu untuk memasak tadi dah makin kurang dan seterusnya dah tak der lansung hehehe....
Bukan apa, sekarang ni aku tak boleh nak struggel sangat kalau nak buat kerja. Kalau dulu boleh jer, tapi sejak dah tua ni (tua ke aku ni huhuhu...) dah tak larat nak buat banyak2 kerja dalam satu hari.
Selepas aku mandi, kemudian solat zuhur terus perasaan nak masak tadi hilang terus. Maka tekak ni memberi isyarat lain pula. Rasa macam nak makan buah jer la. Mujur la masih ada buah oren sunkist yang suami aku beli di Giant hari Ahad lepas. Tanpa membuang masa macam biasa la aku pun potong 3 biji sekali. Erm...memanng manis...penuh dengan vitamin C kan :-) Mesti wajah ku akan lebih berseri-seri lepas ni hahahaha...(gelak org belagak ...)
So menu tengah hari aku untuk hari Khamis ni hanya la 3 biji oren sunkist...menu yang sangat menyihatkan dan juga membantu pencernaan aku...So kepada kawan2 ku di blog ini selamat mencuba untuk menjadi lebih cantik seperti bidadari (bidadari pun pencen lepas ni...) Kerana Diri Mu Begitu Berharga!! :-)
No comments:
Post a Comment