SURAH
AL-INSYIRAH
|
Dah lama aku nak share kat blog aku tentang kelebihan Surah Al-Insyirah ni...Kini aku memang mengamalkan sewaktu hendak tidur...aku akan baca surah ini sambil memegang dada kiri ku dengan telapak tangan kanan...Insya Allah tidur anda pasti akan lebih nyeyak dan segala rasa gusar akan hilang dengan sendirinya...YAKIN itu kunci utama dalam setiap amalan yg sedang kita lakukan.
Terjemahan:
SURAH
AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah
Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan
iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami
telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah
Al-Insyirah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
sumber : perkim

Antara sumber2
& petikkan yg diambil...
Seperti yang kita
ketahui, surah ini sering digunakan oleh kita untuk menerangkan dan
menenangkan jiwa
dan hati kita yang berada dalam keadaan yang tidak tenang dan
tenteram..tapi surah ini juga mempunyai fungsi untukmenghilangkan
kemalasan dalam diri kita,,lagi2 untuk bangun subuh..dan malas melakukan
kebaikan (menunaikan ibadah, sama ada solat, puasa, baca al-quran, dll)..
dengan mengamalkan surah ini juga, dapat menaikkan seri pada wajah,
dan menjadi hebat dan ungguldi pandangan orang..
agar diri kita hebat dan unggul zahir dan batin (dalaman dan luaran)..
Itu yang terbaik dan disuruh oleh syariat Islam..utk menjadi Orang muslim yang Mukmin dan bertaqwa..
agar diri kita hebat dan unggul zahir dan batin (dalaman dan luaran)..
Itu yang terbaik dan disuruh oleh syariat Islam..utk menjadi Orang muslim yang Mukmin dan bertaqwa..
Kelebihan2 dan
cara2 nya :-
Caranya
: Tarik nafas sambil Membaca al fatihah, kemudian tiup (hembus
nafas secara perlahan2 hingga habis nafas) pada tapak tangan dan sapu
pada bahagian anggota badan yang dinyatakan..
ayat pertama :
kelebihannya dapat melapangkan dada (sapu pada dada)
ayat kedua : dapat
meringankan beban yang kita pikul (hadapi) (sapu pada kedua-dua bahu)
ayat ketiga : dapat
menghilangkan malas dalam diri.. (sapu pada kedua2 pinggang)
ayat keempat :
dapat menyerikan wajah dan menjadi hebat/unggul di pandangan orang.. (sapu
pada muka)
"Hanya sampai
kepada ayat yang ke 4 sahaja, yang ustaz sampaikan,,
ayat seterusnya
tidak diceritakan kelebihannya..disebabkan oleh kekangan masa"
"Pasang niat
dan betulkan niat dalam setiap perkara yang kita lakukan,,
semua yang
dilakukan adalah kerana Allah semata2.."
Cara menarik nafas
yang betul :-
Baca al-fatihah dan
surah/ ayat yang hendak kita baca
tarik
nafas...............................tahan..
hembus perlahan2
sehingga nafas habis pada tapak tangan kita
dan sapu pada mana2
anggota yang hendak disapu ...
kaedah tarik nafas
ini juga boleh diaplikasikan jika kita mengantuk sangat2,,
atau berada dalam
keadaan berdebar2 dan jiwa tak tenang..
dengan menarik
nafas,, oksigen dapat dikumpulkan sebanyak mungkin..
dan dapat
disalurkan ke urat saraf yang kekurangan oksigen dengan sempurna..
InsyaAllah ..
Niat merupakan
sesuatu yang penting dalam setiap pekerjaan dan amalan seharian kita..dan
lebih-lebih lagi apabila kita ingin menjalankan satu-satu ibadah kerana
Allah..di dalam mazhab syafi’i niat amalan ibadah yang dilakukan tanpa niat
tidak dikira sebagai ibadah..dengan kata lain..sia-sia sahajalah amalan ibadah
kita tersebut apabila kita tidak berniat.. Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) ada
bersabda :
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى
( Sesungguhnya
setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya
keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )
wallahua'lam,,
p/s
: ilmu dari Ustaz Nazeri bin Mustapa
ayat2 ini juga
boleh diamalkan oleh ibubapa (anak2 pun boleh amalkan) utk anak2 yg bakal
menghadapi peperiksaan, insya`allah
KETIKA ANAK-ANAK
SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di
rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah -
3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah
(alam nasyrah)- 1x
7. Selawat Atas
Nabi - 10x
8. Baca Surah
Yassin - 1x
9. Baca Surah
Insyirah 100x.
10. Niat di dalam
hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah
dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. mak ayah di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. (rujukkan dari mereka yg telah mengamalkannya ternyata anak2nya berjaya)

Sumber dari salah satu laman blog di laman sesawang...alahai lupa pula nak amik addressnya...sori yer...tapi aku just nak share kat sini untuk amalan kita bersama...:)
Wassalam...selamat beramal ok :)
3 comments:
terima kasih atas entry yang sangat menarik. memang diakui surah alinsyirah terutama ayat 5 & 6 merupakan ayat penenang bagi saya. bila frust dengan sesuatu, ayat ini yang menguatkan saya. Rupanya Allah nak beri aku kemudahan selepas kesusahan. jadi, sebab apa aku perlu bersedih atas setiap ujian allah? :-)
najihah
najihahsudi.blogspot.com
Salam!INI pengalaman sy iaitu sy mengajarkan IBU sy mengamalkan surah insyirah tiap2 slps solat fardhu sebyk 10x,kemudian d sambung dgn 1-5 dr surah al baqarah(Alif lam mim),hasilnya IBU sy mendpt ketajaman aqal & firasat yg baik...sblm INI IBU byk buntu akibat terkene sihir,to slps mengamalkan surah insyirah kercerdasan aqalnya menyerlah
Post a Comment